Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 21 Jun 2012

TDM : Bermulanya Pasukan Askar Wataniah Malaysia

Tamatnya Darurat pada tahun 1958 (secara rasminya pada 31 Julai 1960), pasukan Home Guard telahpun diputuskan untuk pembubaran. Namun begitu, masih ramai di kalangan anggota-anggota Sukarela terutamanya daripada pasukan Home Guard masih ingin meneruskan aktiviti mereka dalam perkhidmatan Sukarela.

Walau bagaimanapun setelah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, kerajaan telah mula sedar tentang pentingnya penglibatan rakyat dalam menjaga keamanan negara. Kerajaan berpendapat amatlah perlu semangat berkhidmat secara sukarela dihidupkan dan dikekalkan. Justeru itu, pada tahun 1958 kerajaan telah mengambil keputusan untuk menyusun semula semua pasukan Sukarela supaya ia menjadi lebih tersusun dan berkesan.

Sesuai dengan keputusan itu, satu undang-undang bagi tujuan penubuhan pasukan tersebut telah digubal. Undang-undang utama yang telah digubal ialah The Territorial Army Ordinance, 1958, The Territorial Army (Terms of Service) Regulation 1959, dan The Territorial Army (Pay and Allowances ) Rules, 1959.

Berpandukan kepada undang-undang ini, pada 1 Jun 1958, tertubuhlah pasukan Askar Wataniah Malaysia dan seorang Pengarah Askar Wataniah telah dilantik. Jabatanarah Askar Wataniah seterusnya diletakkan di bawah pengawasan dan kawalan Ketua Turus Tentera Darat. Tujuan utama penubuhan pasukan Askar Wataniah adalah untuk melatih belia-belia negara dengan latihan ketenteraan sepenuhnya supaya membolehkan mereka menjadi anggota simpanan tentera yang bersedia serta mampu membantu pasukan keselamatan mempertahankan negara apabila keadaan memerlukan.

Pada peringkat permulaan, ramai anggota bekas pasukan Home Guard, Volunteer Force, Pasukan Sukarelawan dan Pegawai Tentera yang telah bersara, menyertai Askar Wataniah dan merekalah yang menjadi pelopor kepada penubuhan pasukan Askar Wataniah ini. Untuk peringkat awal,Askar Wataniah Malaysia telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu :

Pasukan Teknikal

Pasukan Infantri


Untuk kemudahan latihan, empat kem latihan telah didirikan di tempat-tempat berikut:

Tanjung Keling, Melaka.

Mentakab, Pahang.

Pasir Puteh, Kelantan.

Siputeh, Perak.


Pada tahun 1963, sekali lagi pasukan Askar Wataniah telah terlibat dalam penyusunan semula. Pada tahun ini juga, Persekutuan Tanah Melayu telah digantikan dengan nama Malaysia yang mana ia merangkumi Singapura, Sabah dan Sarawak. Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 bagaimanapun telah ditentangi oleh kerajaan Indonesia (pimpinan Presiden Sukarno). Ini telah mengakibatkan pihak Indonesia melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia dan sekali lagi keselamatan negara terancam. Sebilangan besar anggota-anggota ini telah dikerah berkhidmat sepenuh masa bagi membantu tentera Tetap menjalankan tugas. Dengan timbulnya pelbagai ancaman terhadap keselamatan negara, pasukan Askar Wataniah mula diperbesarkan. Ia telah dibahagikan kepada dua bahagian seperti berikut:

Bahagian Pertahanan Pertama

Ia terdiri daripada Pasukan Infantri dan Pasukan Teknikal. Pasukan Infantri mengandungi 4 batalion, iaitu:

11 Bn Inf AW - diserap menjadi 23 RAMD.

12 Bn Inf AW - diserap menjadi 24 RAMD.

13 Bn Inf AW - diserap menjadi 25 RAMD.

14 Bn Inf AW - diserap menjadi 9 Renjer DiRaja.


Pasukan Teknikal pula mengandungi pasukan seperti berikut:

Semboyan.

Jurutera.

Pengangkutan dan Bekalan.

Jurutera Letrik dan Jentera.

Kelengkapan.

Probos.


Bahagian Pertahanan Kedua

Sebanyak dua belas Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) atau Local Defence Corps (LDC) telah ditubuhkan. Tiap-tiap sebuah negeri mempunyai satu pasukan ini, manakala Sabah menubuhkannya dalam tahun 1968 dan Sarawak pada tahun 1973.

Pada masa ini sebilangan besar pegawai dan anggota Sukarela dari beberapa pasukan LDC telah dikerah berkhidmat sepenuh masa untuk membantu Angkatan Tetap menghadapi ancaman konfrontasi ini. Tugas utama yang telah diberikan kepada Askar Wataniah Malaysia ialah menjaga keselamatan semua lokasi sasaran penting dan ada di antara mereka telah dihantar ke Singapura, Sabah dan Sarawak.

Tragedi 13 Mei 1969 sekali lagi memperlihatkan keempat-empat batalion infantri (AW) yang wujud, dikerah semula dan pada 1 Mac 1978 mereka telah diserapkan ke dalam Angkatan Tetap bagi memenuhi keperluan pembesaran Tentera Darat.

Sesuai dengan pembesaran Tentera Darat di bawah rancangan Pembangunan Istimewa Angkatan Tetap (PERISTA), Askar Wataniah Malaysia juga turut diperbesarkan. Ini telah menampakkan kepentingan Pasukan Tentera Simpanan dalam konteks keselamatan dan pembangunan negara. Pada awal tahun 80-an, pentadbiran Askar Wataniah Malaysia keseluruhannya telah diubahsuai dan disusun semula.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "TDM : Bermulanya Pasukan Askar Wataniah Malaysia"

Catat Ulasan