Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 17 Ogos 2010

Dua remaja mengaku salah buang bayi

MELAKA 16 Ogos - Selepas enam hari ditahan reman, sepasang kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membuang bayi mereka Rabu lalu.

Tertuduh Mohd. Zolhalmi Khamis, 18, dan pasangannya yang merupakan remaja berusia 17 tahun hanya menganggukkan kepala tanda faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Fairuz Johari.

Menurut pertuduhan, pasangan muda itu didakwa telah membuang bayi perempuan mereka di kawasan kilang Daibochi, Ayer Keroh, di sini pada pukul 1 pagi, 11 Ogos lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Noor Hazura Hamid mencadangkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Tertuduh merayu supaya jumlah tersebut dikurangkan kerana keluarga mereka orang susah.

Mohd. Fairuz membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 sebelum menjatuhkan hukuman pada 28 September ini.

Pada tarikh tersebut fakta kes akan dibentangkan oleh pendakwaan dan laporan akhlak dikemukakan sebelum menjatuhkan hukuman.

Rabu lalu akhbar mendedahkan penemuan seorang bayi perempuan yang masih hidup di dalam tong sampah di sebuah kilang di Ayer Keroh pada saat-saat umat Islam memulakan ibadat puasa hari pertama Ramadan.

Bayi itu dijumpai oleh pengawal keselamatan kilang tersebut yang kemudian menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Dua remaja mengaku salah buang bayi"

Catat Ulasan