Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 17 Ogos 2010

AS, Seoul lancar latihan tentera lagi


Kapal perang USS Blue Ridge LCC19 berlabuh di pelabuhan tentera laut Korea Selatan di Busan bagi menyertai latihan tentera Ulchi Freedom Guardian bersama Korea Selatan, semalam. - AP

SEOUL 16 Ogos - Berpuluh-puluh ribu tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan latihan baru hari ini tanpa menghiraukan amaran Korea Utara.

Pyongyang sekali lagi mengancam untuk mengambil tindakan balas dengan 'reaksi tanpa belas kasihan' atas latihan yang disifatkannya itu sebagai persediaan untuk melancarkan serangan.

Menteri Pertahanan Korea Selatan dan pegawai tentara AS di Seoul berkata, latihan selama 11 hari itu yang digelar Pelindung Kebebasan Ulchi merupakan latihan perang simulasi komputer tahunan.

"Latihan itu melibatkan kira-kira 56,000 tentera Korea Selatan dan 30,000 tentera AS di negara ini dan dari luar," kata menteri dan pegawai tentera AS itu, hari ini.

Bulan lalu satu latihan perang tentera laut bersama secara besar-besaran dilancarkan di luar perairan timur Korea Selatan yang disifatkan oleh Seoul dan Washington untuk menunjukkan persepakatan mereka selepas berlaku insiden sebuah kapal perang Korea Selatan karam Mac lalu.

Kedua-dua negara bersekutu itu menuduh Pyongyang melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kapal perang itu dan menyebabkan 46 kelasi kapal itu terbunuh. Korea Utara bagaimanapun menafikan mereka terlibat dengan insiden itu.

Pyongyang yang berjanji akan bertindak balas dengan keras atas latihan itu yang membuat ancaman serupak selama bertahun-tahun untuk memusnahkan Seoul, namun tidak pernah berakhir dengan serangan ketenteraan sejak Perang Korea berakhir pada 1953.

Semenanjung Korea secara teknikalnya masih berperang kerana konflik itu berakhir dengan gencatan senjata bukan perjanjian damai.

AS menempatkan kira-kira 25,000 tentera di Korea Selatan dan berpuluh-puluh ribu lagi di rantau itu.

Seoul dan Washington menganggap latihan itu semata-mata untuk mempertahankan diri, tetapi Pyongyang menyifatkannya sebagai persediaan untuk berperang.

Negara komunis itu semalam mengancam untuk mengambil reaksi tanpa belas kasihan ke atas AS dan Korea Selatan, hukuman paling keras yang tidak pernah dihadapi olah mana-mana negara di dunia ini. - AP

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "AS, Seoul lancar latihan tentera lagi"

Catat Ulasan