Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 17 Ogos 2010

2011, AS undur tentera dari Afghan muktamad

WASHINGTON 16 Ogos - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Robert Gates berkata, tarikh Julai 2011 untuk memulakan pengunduran askar AS dari Afghanistan adalah muktamad, sekali gus menyangkal pandangan komander tertinggi AS di Afghanistan.

Gates dan Jeneral David Petraeus sepakat mengenai keperluan untuk mengundurkan askar AS secara beransur-ansur tetapi dilihat berbalah berhubung kelonggaran tarikh pengunduran yang diberikan oleh Presiden Barack Obama pada November lepas.

"Tidak ada keraguan dalam fikiran sesiapa pun kita akan mula mengundurkan askar pada Julai 2011," kata Gates kepada akhbar Los Angeles Times, hari ini.

Petraeus dalam wawancara berasingan, bagaimanapun berkata, beliau enggan terikat dengan komitmen untuk memulakan pengunduran askar AS dari Afghanistan pada tarikh tersebut dan sebaliknya mempertahankan hak untuk meminta penangguhan jika keadaan tidak mengizinkan.

Petraeus berkata, tarikh yang ditetapkan oleh Presiden untuk memulakan pengunduran terhad askar AS, bukanlah muktamad tetapi patut dilihat sebagai percubaan untuk menyegerakan usaha memerangi pemberontakan.

"Saya fikir Presiden sudah memberikan penjelasan agak jelas bahawa pengunduran ialah satu proses dan bukannya satu upcara, dan ia bergantung kepada keadaan," kata Petraeus pada rancangan NBC, Meet the Press, semalam.

Beliau berkata demikian dalam siri wawancara pertamanya dengan media sejak mengambil alih tampuk pemerintahan ke atas lebih 140,000 askar Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang diketuai AS di Afghanistan bulan lepas.

Petraeus turut melahirkan kesediaan untuk berunding dengan pemberontak Taliban 'yang terlibat dengan pembunuhan'.

Katanya, strategi baru perdamaian dan integrasi semula yang bertujuan untuk memujuk pemberontak Taliban supaya berpaling tadah akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Dalam wawancara berasingan dengan Washington Post, Petraeus berkata, 365 ketua pemberontak Taliban dan 2,400 anggota biasa dibunuh atau ditangkap dalam operasi sejak tiga bulan lalu.

Operasi itu mendorong sesetengah pemimpin pemberontak memulakan perbincangan mengenai perdamaian dengan kerajaan Afghan dan interaksi itu membawa faedah, katanya. - AFP

Nota : Kita lihat dan tunggu sahaja, betul ke US akan undur tenteranya....Ahaks


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "2011, AS undur tentera dari Afghan muktamad"

Catat Ulasan