GANYANG - Seorang penunjuk perasaan memberi arahan melalui pembesar suara kepada kira-kira 80 rakan penunjuk perasaannya semasa mengadakan tunjuk perasaan di luar Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan, Isnin. Tunjuk perasaan itu sebagai menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan Polis Marin Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia di perbatasan perairan Malaysia dan Indonesia berhampiran Kepulauan Riau, Indonesia Jumaat lepas. - foto BERNAMA
Hebat impian mereka nak hapuskan malaysia dari peta dunia...hahaha itulah dari dulu bila org kata Singapura ada potensi serang Malaysia masa tu lagi saya dah geleng kepala,s aya lebih yakin 'bangsa serumpun' atau bangsa sepupu kita yg lebih berpotensi sebab mereka pernah menyerang Malaysia masa zaman tunku dgn semangat 'ganyang malaysia'.
Sejarah telah membuktikan perang antara sepupu berpotensi merebak lebih cepat drpd perang dari negara luar. Antara perang sesama sepupu dunia adalah perang lubnan, perang somalia, perang sudan, perang di acheh (kini dah mereda)..jadi berhati2lah dengan saudara sepupu drpd bangsa asing yg lain.
Aku tak fahamlah, kenapalah mereka nak sangat berperang dengan Malaysia. Buka youtube bacalah mereka hina askar kita. Selama ini Malaysia banyak bantu negara mereka bila ada malapetaka dll....tu pun tak insaf atau sedar diri...Dah la datang negara orang buat masalah.
Tak boleh ke kita serumpun ni bersatu hati, dah lah musuh diluar sana tu, tunggu masa je nak menyerang kita. Jika kita sesama kita bertelagah dan berperang, ia memudahkan musuh Islam menyerang dan menganyang kita semua. Fikir2 dan renung2kanlah. Wait n See.
Wassalam
0 ulasan: on "Ganyang Malaysia"
Catat Ulasan