Assalamualaikum Warahmatullah.

Apa yang saya ceritakan disini adalah kisah hidup aku sendiri. Semoga apa yang akan aku ceritakan ini dapat menjadi pengajaran atau kekuatan untuk meneruskan hidup. Suatu ketika dulu, aku ada seorang yg periang.....periang kerana hidup yg ku anggap sempurna. Maksud sempurna bagi aku disini ialah aku tidak dibebani oleh sesuatu apa pun yg merunsingkan otak aku. Selepas SPM aku bercinta dengan seorang gadis yang satu sekolah dengan aku. Perhubungan kami berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Disebabkan itu, kami telah ditunangkan oleh keluarga kami. Ini menjadikan kami lebih rapat, kerana pada masa itu kami melanjutkan pengajian kami di K.L. Kami sedar K.L adalah kota yang penuh dengan ragam manusia dan cabaran yang kami tidak akan terduga. Perhubungan kami masa di K.L benar2 telah teruji dan kami hampir2 tewas dalam ujian itu. Salah satunya ialah kecurangan tunang aku semasa dia bekerja di K.L. Akibat dari kejadian itu aku mula belajar menjadi sesuatu yang tidak mencerminkan seorang aku. Aku mula belajar memasang spare tyre, aku belajar pergi ke disco. Perhubungan kami berlanjutan dan aku dan dia banyak kali kantoi akibat dari perbuatan balas membalas kami. Sehinggalah pada suatu hari dimana tunang aku hendak balik ke kampung untuk bekerja disana sambila menjaga ibunya. Aku menjadi semakin liar kerana sikap tidak puas aku dan juga kerana ingin membalas dendam di atas kecurangan tunang aku dulu. Bagi aku, buat apa aku setia sedangkan dia sendiri tidak setia. Akibat dari kebodohan aku, pertunangan kami terputus dan dia dikahwinkan dengan lelaki lain. Hancur luluh hati aku pada ketika itu, tapi apakan daya aku pada waktu itu. Mengenangkan hubungan yang tidak menjadi itu, aku teruskan hidup dalam dosa kerana aku makin kerap pergi ke disco untuk menghilangkan duka.

Babak kedua hidup aku, setelah setahun aku bergelumang dengan dosa. Aku telah berkenalan dengan seorang gadis dari kampung aku. Disebabkan kerana ingin memulakan hidup yang baru, aku cuba berhenti dari aktiviti maksiat aku. Perhubungan kami berlanjutan pula selama 3 tahun. Selepas setahun berkenalan, kami bertunang dan mula merencanakan perjalanan hidup kami. Tetapi apakan daya, dia juga serupa dengan bekas tunang aku yang dulu. Kecurangan dia menyebabkan aku mula kembali ke perangai lama aku. Ditambah lagi dengan sifat degil dia, aku menjadi semakin tertekan dan mula mengambil jalan mudah dengan memutuskan pertunangan kami selepas 2 tahun bersama. Mula dari saat itu, aku sudah tidak menaruh sebarang kepercayaan kepada wanita dan kali ini kebencian aku terhadap wanita makin menjadi malah makin parah dari masa aku mula putus tunang dulu.

Babak ketiga hidup aku, setelah sebulan aku putus tunang, aku mula berkenalan dengan berbagai2 jenis wanita. Tapi yang penting, semunya adalah dari jenis clubbing. Niat aku tidak lain hanyalah untuk bergembira dengan perempuan2 jenis ini dan mungkin inilah jodoh aku dengan perempuan seperti ini kerana aku pun jenis seperti ini. Sehinggalah aku berkenalan dengan seorang wanita clubbing yang tidak disangka-sangka. Aku kategorikan dia sebagai perempuan yang berani kerana dia yang memulakan perkenalan, walaupun secara teknikalnya aku yang memberikan kad nama aku padanya dulu. Perhubungan kami menjadi lebih rapat setelah kematian atuknya dan dia meminta aku berjanji tidak akan meninggalkannya, dan aku pun terus berjanji atas dasar cinta. Tetapi pada masa yang sama, bekas tunang aku yang baru saja aku putuskan mula datang kepada aku kembali untuk menagih kembali cinta lama. Dia mula membuat kerja bodoh dan itu amatlah merisaukan aku. Aku akui sifat pemaaf dan ambil berat aku kekadang menyusahkan aku, sebab itu aku mengganggapnya sebagai kelemahan aku. Dalam diam, aku terpaksa berkawan semula dengan bekas tunang aku agar dia tidak membuat perkara bodoh dan pada masa yang sama, aku terpaksa menipu kekasih aku. Ini adalah satu benda yang aku sendiri tidak mahu lakukan kerana aku sudah nekad tidak akan menipu lagi. Dipendekkan cerita, kekasih saya dapat membau agenda tersembunyi aku. Akibatnya amat teruk, aku rasa sungguh bersalah dan kesal. Paling pedih sekali ialah apabila bekas tunang aku dengan sengaja menceritakan segala perihal kami pada kekasih aku. Aku tidak menyalahkan sesiapa pun, kerana ini adalah kebodohan aku sendiri dan aku telah pun menerima akibatnya. Akibatnya, kekasih aku dalam diam telah bekasih dengan seorang dari pekerja club di tempat aku lepak! selama setahun kami bersama, hanya 3 bulan sahaja dia jujur kepada aku dan 3 bulan saja kami dapat merasakan kemanisan bercinta. Selepas itu segalanya adalah sandiwara semata-mata. Air mata palsu ditumpahkan, janji palsu di karangkan, sumpah palsu dilafazkan....segalanya sandiwara semata-mata. Selepas itu, satu persatu pembohongan yang direka itu terbongkar. Aku kembali menjadi liar dan menjadi makin teruk sehinggakan kerja dan kehidupan aku semakin tidak teratur. Tetapi dalam sifat liar aku itu, satu yang aku pegang....aku tidak akan sekali-kali tidur dengan wanita lain yang bukan hak aku. Pada suatu hari di awal tahun, ada seorang kawan rapat kekasih aku datang berjumpa dengan aku. Dia telah membawa khabar baik dan juga khabar tidak baik kepada aku. Khabar yang baik ialah di akan melangsungkan pernikahan dia dalam jangka masa terdekat lagi, dan khabar yang tidak baik ialah dia telah membuka pekung kekasih aku dan menasihati aku supaya menjauhkan diri dari kekasih aku. Pada mulanya aku tidak mempercayai segala perkhabaran itu, tetapi memandangkan dia adalah 'partner in crime' kekasih aku, sedikit sebanyak aku tergugat juga akhirnya. Ditambah lagi dengan penemuan gambar lucah di dalam laptop aku, aku menjadi semakin tergugat. Aku mula bertanyakan kepada kekasih aku, dan dia menafikannya.....tetapi dengan izin Allah, semua pembohongan dia terbongkar. Ditambah dengan pengesahan dari sepupu dia yang gambar lucah di dalam laptop aku itu adalah milik dia. Akibatnya kami telah berpisah dan membawa haluan masing-masing.

Babak keempat aku, aku teruskan tetapi kali ni aku menyendiri. Sebenarnya sejak awal tahun 2008 lagi aku telah nekad untuk berubah kepada sesuatu yang baik. Aku sudah tidak mahu melakukan dosa, dan aku sudah tidak mahu terjebak di lembah kehinaan. Aku tidak mahu dipandang oleh Allah seperti kera, binatang ternakan, najis, makhluk yang hina dan yang sebagainya lagi disebutkan di dalam Al-Quran. Di kesempatan aku sendirian ini, aku mengambil inisiatif untuk mencari guru atau cikgu yang boleh membimbing aku. Sekarang, aku menjadi lebih berguna dan lebih menjadi insan. Aku mendapat sesuatu yang lebih baik dari semua benda didunia ini, iaitu Al-Quran. Sejak dari itu, menjadi lebih bersyukur kepada nikmat Allah. Aku menjadi yakin yang jodoh yang akan aku dapat adalah yang lebih baik dari dulu. Segala yang terjadi aku jadikan pengajaran dan tidak akan aku buang segala yang aku pelajari dulu, cuma aku telah menambahbaikkan apa yang telah sedia ada. Setelah sekian lama, aku menjadi semakin simpati kepada mereka yang aku kenali dulu kerana kesusahan dan kesesatan mereka. Jika diberi pilihan, aku hendak mengajak sekali mereka ke arah kebaikkan iaitu ke jalan yg lurus. Tapi apakan daya, kebaikkan itu adalah satu sekatan dan kesusahan kepada mereka, terutama skali kepada bekas kekasih aku. Tetapi aku yakin, suatu hari mereka semua akan sedar dan kembali ke jalan yang lurus walaupun tanpa aku disis mereka. Cuma aku berharap mereka sempat untuk berubah dan tidak akan sesal di kemudian hari. Apa yang aku ceritakan ini adalah pengajaran untuk mereka di ruangan Cinta dan Soal Hati ini. Kerana aku melihat semakin banyak topik yang dibuka adalah berkenaan dengan kekecewaan dan dilema dalam percintaan. Sebenarnya, apa yang dikejar itu tidak akan berkekalan dan hanyalah perhiasan dunia yang menipu diri sendiri. Aku sentiasa mengingatkan diri aku melalui satu ayat di dalam Al-Quran iaitu, "Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari Al Quran ketika Al Quran itu datang kepada mereka, (mereka itu pasti akan ######), dan sesungguhnya Al Quran itu adalah kitab yang mulia".Surah 41 Ayat 41, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan," Surah 31 Ayat 8, dan ayat berikut "Kekal mereka di dalamnya; sebagai janji Allah yang benar. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." Surah 31 Ayat 9. Ini adalah janji Allah kepada mereka yang beriman, dan inilah impianku. Jadi, kepada semua pembaca saya harap cerita ini dapat merubah pandangan anda semua untuk ke lebih baik. Janganlah bertuhankan nafsu, kerana tuhan yang Esa tetaplah Allah. Cinta yang kekal tetaplah kepada Allah dan yakinlah dengan ayat-ayat Allah kerana sesungguhnya itu adalah lebih baik.

Wassalam