Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Isnin, 16 Ogos 2010

Ramadhan Al-Mubarak Kembali Lagi

رمضان المبارك العودة مرة أخرى
Rmḑān al-Mbārk al-ʻWdh Mrh ʼKhrá (Ramadhan Al-Mubarak Kembali Lagi)

Oleh : Naim Qlate

Bulan ramadhan yang barakah kau kembali
Ku mengucap syukur ke hadrat Illahi
Dapat ku bersua dengan Ramadhan kali ini
Tersedu aku mengingat kisah lampau kembali

Pada bulan ramadhan lah aku banyak menangis
Sujud menangis di sejadahku
Minta diampun segala dosa-dosaku yang lalu
Moga-moga terampun juga dosa-dosaku

Pada bulan ramadhan ini ku menangis
Menangsi teringat kan yang telah tiada,
Dengan al-fatihah kusedekahkan pada mereka,
Moga-moga berbahagia mereka di sisinya

Pada ramadhan yang mulia ini
Ku menanti malam yang dinanti-nanti
Lailatul Qadar yang penuh erti
Tidak akan ku sia-siakan peluang sebegini

Bila ku sedar lailatul Qadar kunjung tiba
Tahu lah aku ramadhan akan pergi
Kepadamu ku menadah tangan berdoa
Semoga dapat ku berjumpa ramadhan kembali

Dengan rahmat Tuhan Ramadhan tiba lagi
Ramadhan membawa hadiah-hadiah yang terlalu banyaknya
mahal dan besar-besar dari Tuhan
Hadiah buat orang bertaqwa

Bukan untuk orang Islam
Lebih-lebih lagi bukan untuk orang yang zalim dan fasiq
Hadiah dari Tuhan yang bermacam-macam
Diletakkan di dalam batil-batil dari bahan-bahan yang mahal

Di antara hadiah-hadiah itu ialah:

1. Hadiah keampunan Tuhan, hadiah terbesar buat orang yang bertaqwa
2. Hadiah keredhaan-Nya juga mahal
3. Kasih sayang-Nya yang sangat diperlukan
4. Rahmat-Nya
5. Berkat dari-Nya dunia Akhirat
6. Diberi-Nya pahala berganda-ganda.
7. Hadiah lailatul qadar diberi ganjaran seribu tahun beribadah.
8. Akhirnya Syurga Tuhan yang kekal abadi.

Kedatangan Ramadhan yang sebenarnya bertukar-tukar hadiah
di antara hamba-hamba dengan Tuhan
Hadiah di antara dua pihak bukan satu pihak sahaja
Hadiah dari Tuhan adalah mahal nisbah hamba
Hadiah dari hamba adalah mahal juga untuk Tuhan

Siapa yang dapat menghadiahkan sesuatu yang mahal kepada Tuhan
maka dapatlah hadiah dari Tuhan yang juga sangat mahalnya
Rupanya ketibaan Ramadhan pun bertukar-tukar hadiah di antara hamba dengan Tuhan

Tidak semua hadiah hamba dibalas hadiah oleh Tuhan
Hadiah-hadiah yang mahal dari hamba sahaja yang balas hadiah oleh Tuhan
seperti yang akan disebutkan
Wadah-wadah orang yang bertaqwa yang hendak diisi dengan hadiah-hadiah tadi
ada pulangannya

Wadah-wadah itu banyak pula di antaranya :

1. Ada wadah puasa yang diisi dengan keinsafan, timbang rasa, kesabaran, rasa hamba Rasa lemah, lembut hati, lapang dada, bertolak ansur

2. Wadah sembahyang diisi dengan hadiah-hadiah rasa kehambaan, rasa dilihat, Rasa hina, rasa rendah diri, lembut hati, rasa harap, malu, rasa kerdil, tawadhuk, khusyuk, Gementar, takut, taubat, menyesal, takut dengan dosa di masa depan.

3. Wadah membaca Al Quran diisi dengan dapat ilmu, pengajaran, keinsafan, Terasa kebesaran Tuhan, terasa rahmat dan kasih sayang-Nya kepada insane, Hati tenang, bertambah takut dengan Tuhan dengki hilang

4. Wadah zikir seperti tasbih, tahmid, takbir diisikan dengan mensucikan Tuhan, Memuji Tuhan, membesarkan Tuhan, tawakkal, penyerahan diri kepada Tuhan, baik sangka

Membesarkan Akhirat, mudah dengan dunia, dunia tidak menyusahkan hatinya
Tenang dengan dunia, gelisah dengan Akhirat
Jika setiap wadah-wadah tadi dapat diisi dengan rasa-rasa yang telah disebutkan tadi
Orang bertaqwa sungguh dapat manghayati Ramadhan dengan akal fikiran,

hati dan jiwa raganya

Roh Ramadhan menjadi roh kepada hatinya dan jiwanya
Roh di atas roh, jiwa di atas jiwa
Rohnya bercahaya dengan cahaya Ramadhan
Itulah orang bertaqwa

Orang bertaqwa sahaja yang pasti dapat hadiah yang besar
Kerana orang bertaqwa itu dapat membawa hadiah pula untuk Tuhan
Hadiah-menghadiah bertukar-tukar hadiah di antara hamba dengan Tuhan
Sesiapa yang tidak dapat memberi hadiah di bulan Ramadhan kepada Tuhan

seperti yang telah dinyatakan

Dia tidak akan dapat hadiah dari Tuhan
Sesiapa yang tidak dapat hadiah dari Tuhan sia-sia sahaja Ramadhan
Dia tidak dapat apa-apa kecuali dahaga, kelaparan, kehausan dan keletihan
Cuba kita fikirkan Ramadhan yang telah lama kita lalui

Adakah kita membawa hadiah-hadiah yang berharga kepada Tuhan?

Kita tentu dapat mengagak nilai hadiah yang kita anugerahkan kepada Tuhan
setiap Ramadhan bukan?
Apakah hadiah hadiah kita itu Tuhan balas dengan hadiah yang telah disebutkan?

Semua soalan-soalan itu setiap orang boleh memberi jawapan
Berdasarkan ilmu pengetahuan seperti yang digambarkan
Sungguh susah hendak dapat hadiah dari Tuhan di bulan Ramadhan
Kerana bulan Ramadhan kita jadikan pesta minum dan makan

Pesta borak-borak dan bualan-bualan selepas sembahyang sebelum pulang
Bukan pesta mencapai hati dan jiwa takut dan cintakan Tuhan
Bulan Ramadhan sebenarnya adalah pesta rohaniah, pesta hati dan jiwa
Ramadhan bukan pesta lahiriah

Atau pesta syariat rohnya tidak ada...

Al-Fatihah

Pada tanggal 14hb Ogos 2010 genaplah 11 bulan arwah ibuku meninggalkan kami seisi keluarga. Ramadhan kali ini mengenangkan aku masa silam, arwah lah paling sibuk sediakan juadah berbuka puasa kegemaranku dan pada hari rayalah dia juga paling sibuk mengejutkan aku dari tidur utk ke Masjid. Pagi itu kami bersalaman bermaafan tp kali ini hadirnya ramadhan dan menjelangnya hari raya, tiada makna buatku lagi. Ku terkenankan arwah ibu.

InsyaAllah akhir ramadhan kali ini awal september, ku akan bawa diri jauh dari tanah air. Ku akan sambut hari raya di negara asing tempat suci umah Islam....Labbaik Allahumma Labbaik

Buat Sahabat Respeks Group (RG), Kelakarian Group (KLK) dan Taman2 Syurga Group (TTS). Terima kasih atas doa kalian semua terutama pada moderator RG, KLK dan TTS.

Tanggal 14hb September 2009 / 24 Ramadhan 1430 Hijrah, Hari Isnin Jam 5.00 pagi menjadi detik hitam dalam hidupku. Bondaku KALSUM BINTI DAUD telah kembali ke Rahmatullah "Pergi Takkan Kembali" meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya, untuk mengadap Penciptanya. Al-Fatihah buat bondaku tercinta, amin.

Ya Allah, Engkau ampunilah segala dosa bondaku,
Engkau cucurilah rahmat pada roh bondaku
Engakau rahmati dan berkatilah roh bondaku
Tempatkanlah bondaku bersama orang2 beriman dan beramal soleh
Para muslimin dan muslimat
Limpahkanlah kurniamu kepada roh bondaku
Selamatkan bondaku dari seksa kubur, azab neraka
Bahagiakanlah roh bondaku di sana
Sejahterakanlah roh bondaku di sana
Amin amin rabbi alamin.

Bonda maafkanlah anakmu ini kerana tidak sempat berada di sisimu untuk kali terakhir di saat dirimu menyahut seruan Ilahi buat selamanya.

Apakan daya anakmu berada jauh dari kampung halaman untuk mencari rezeki dan menyara keluarga kita.

Bonda anakanda masih ingat lagi pada hari sabtu tengahari, 13hb September 2009. Anakanda menerima panggilan telefon dari ayahanda dan kekanda supaya balik ke kampung secepat mungkin kerana dirimu kritikal dalam keadaan tenat dan nazak. Ayahanda beritahu tanda2 bonda akan meninggalkan kami telah ada. Sudah 4 hari bonda tidak makan minum, sekarang bertarung untuk hayat terakhir. Ayahanda maklumkan lagi, perubahan ketara boleh nampak pada bonda dan bila2 masa akan meninggalkan kami sekeluarga. Kami hanya di beritahu oleh ayahanda bersiap sedia segala kemungkinan berlaku dan kami kena berada di sisi bonda untuk kali terakhir. Inilah peluang terakhir kami untuk menjaga dan melihatnya, mungkin inilah ramadan terakhir kami sekeluarga sambut bersama bonda. Untuk sambut hari raya bersama tidak tahu sempat atau tidak lagi. Kami belum bersedia untuk berpisah dengan bonda tercinta tapi kami redha jika inilah takdir Allah terhadap bonda "Pergi Takkan Kembali".

Bonda anakanda amat menyesal kerana tidak balik menaiki pesawat tapi sebaliknya anakanda balik menaiki bas. Andai anakanda balik dengan pesawat tentu anakanda sempat berada disisimu untuk kali terakhir. Bonda maafkan anakmu.

Bonda pada hari kematianmu, anakanda menelefon kepada kekanda sebaik tiba di Banda Kuala Terengganu untuk menanya kabarmu dan kekanda mengatakan ibu tengah nazak. Sedang anakanda mencari taxi untuk balik ke kampung, kak long menalifon mengata bonda telah kembali ke rahmatullah dan pergi takkan kembali buat selamanya detik jam 5.00 pagi hari isnin 14hb September 2009. Masa itulah air mata ini berderai keluar dan anakanda menangis seadanya bonda. Anakanda kehilangan bonda buat selamanya dan hilangnya tempat bergantung serta tempat anakanda bermanja, mendapat kasih sayang. Bondalah orang yang paling rapat dengan anakanda dan menuruti segala kemahuan anakanda tapi anakanda tidak sempat menunaikan hajat bonda untuk kali terakhir. Bonda anakanda amat merindui belaian kasihmu.

Bonda disaat anakanda sampai ke rumah jam 6.00 pagi, dirimu sudah terbujur kaku, diselimuti dengan kain semuanya dan tidak bernafas lagi. Disisi dirimulah anakanda menangis dan sedekahkan ayat2 suci al-quran untuk rohmu dan orang2 kampunglah memujuk anakanda supaya bersabar dan menerima ketentuan Allah kerana Allah terlebih dahulu menyayangimu. Anakanda menyesal kerana tidak berada disisimu buat kali terakhir. Ayahandalah orang yang paling sedih kerana bonda meninggal disisi ayahanda. Ayahanda dengan sabar menjaga dirimu semasa hayatmu sakit, memandikanmu. Walaupun ayahanda mengawal air mata dari mengalir tapi anakanda melihat ada airmata di kelopak mata ayahanda. Dalam masa yang sama kekanda semua sedang sibuk memaklumkan kepada orang kampung dan saudara mara dari Terengganu dan Kelantan. Orang kampung datang bergilir2 menziarahimu buat kali terakhir dan berbincang segala urusan memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan jasabmu dan pengkebumianmu.

Bonda walaupun anakanda tidak sempat berada disisimu untuk kali terakhir tapi anakanda berbangga dapat menunaikan kewajipan dan tanggungjawap anakanda untuk kali terakhir. Anakanda masih ingat lagi, tangan inilah telah mengangkat jasadmu untuk dimandikan. Tangan yang telah engkau pegang, pimpin semasa kecil dan besar inilah menjadi saksi, yang telah memandikanmu dari dada ke kepala dan menyirami air ke seluruh tubuhmu dengan dibantu oleh Kak Long, Kak Dek dan beberapa orang kampung. Anakanda masih ingat disaat bonda hendak dimandikan, kecoh seketika. Dengan lantang anakanda menghalau kakak dari rumah turun kebawah kerana tidak mahu memandikanmu untuk kali terakhir. Air mata ini berderai mengalir bonda. Anakanda dinasihatkan bersabar dan jangan bersifat kebudak-budakan tapi anakanda tak boleh sabar dan tahan bonda.

Anakanda juga sempat menunaikan tanggungjawap anak menyembahkanmu dan mengangkap kerandamu ke kubur serta mengkebumikanmu detik jam 12.00 tengah hari pada hari dan tarikh yang sama.

Bonda anakanda masih ingat lagi 3 minggu sebelum bonda meninggal dunia, semasa bonda telantar di hospital. Bonda memeluk anakanda, mencium anakanda dan menangis disisi anakanda. Anakanda juga membalas segala pelukanmu, menciummu dan menangis disisimu. Bonda minta ampun maaf dengan anakanda dan sebaliknya. Walaupun anakanda sempat mohon ampun dan maaf pada dirimu tapi anakanda tidak sempat memenuhi hasrat dan permintaanmu semasa terlantar kat hospital untuk melihat anakanda berumahtangga dan supaya ada orang menjaga anakmu.

Seminggu sebelum bonda meninggal dunia, bonda sempat berkata "bonda sudah hendak mati","anakanda tidak sayangkan bonda tapi bonda amat sayangkan anakanda" sambil bonda menangis disisi anakanda dan bonda juga menderita kesakitan. betapa sayu dan sedihnya anakanda. bonda juga tidak berselera untuk makan minum. Walaupun bonda sakit, anakanda melihat bonda sempat juga bergurau senda dengan ayahanda. Anakanda dan kekanda senyum riang melihat telatah bonda dan ayahanda. Itulah kali terakhir anakanda melihat bonda semasa hidup.

Ayahanda memaklumkan 3-4 hari sebelum bonda meninggal dan sedang nazak dengan tidak makan minum. Bonda bertanyakan kabar anakanda dan ayahanda menasihati bonda lupakan segala hal dunia, ingat pada Allah sebanyak2nya dan mengucap kalimah syahadah. Bonda juga beritahu, bonda akan pergi dahulu dari ayahanda dan tidak boleh bersama ayahanda lagi. Bonda juga meminta ayahanda membaca surah yasin dan ayat suci al-quran yang lain. Ayahanda memenuhi permintaan bonda sehinggalah bonda menghembuskan nafas terakhir disisi ayahanda.

Kini bonda telah pergi takkan kembali, meninggalkan anakanda, ayahanda dan keluarga buat selamanya. Bonda sejak bonda meninggalkan kami, anakanda meratapi kematian bonda, hidup anakanda jadi tak menentu arah bonda. anakanda hilang selera makan, anakanda duduk dikerusi tempat bonda meninggal sambil termenung dan mengalir airmata. hajat bonda untuk meninggal di rumah dan segala urusan jenazah bonda buat di rumah menjadi kenyataan. Ke mana anakanda pergi teringatkan bonda sambil menangis.

Bonda ketahuilah olehmu, anakmu ini amat merinduimu, meratapi permergianmu, menyesali segala perbuatannya padamu dan juga tidak sempat memenuhi hajatmu yang terakhir. Walaupun anakanda sempat memenuhi hasratmu dan ayahanda untuk menunaikan fardu haji tahun 2008 bersama dapat ditunaikan. Banyak kisah2 bonda ayahanda di Tanah Sudi kawan2 anakanda bercerita dan gambar bonda ayahanda di tanah suci jadi pengubat hati anakanda.

Bonda hari ini tanggal 4hb Oktober 2009 merupakan ulangtahun kelahiranmu tapi kita tidak dapat sambut bersama.

Al-Fatihah untuk arwah bondaku KALSOM BT DAUD dan juga arwah kakakku yang meninggal semasa lahir, semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama dikalangan orang2 beriman dan beramal soleh, amin.

Tentang Bondaku :

Nama : Kalsom Bt Daud
Lahir : 4hb Oktober 1946 di Kg Meranti Pasir Mas Kelantan.
Meninggal : 14hb September 2009 di Sungai Tong Setiu Terengganu.
Usia : 63 Tahun
Usia Bernikah : 14 Tahun
Anak : 9 Orang - 8 Perempuan, 1 Lelaki dan seorang dah meninggal dunia semasa lahir. Ada sepasang anak kembar perempuan lelaki.

Suami : Mohamed Zain Bin Yusoff
Usia : 65 Tahun
Lahir : 22hb Jun 1944 di Kg Perol Jenerih P.Mas Kelantan.
Usia Bernikah : 16 Tahun

Nukilan Rasa
Mohammad Nakhaie Bin Mohamed Zain (naim)
Tarikh : 4hb Oktober 2009
Jam : 5.00 Petang

http://riwayat- hidupku.blogspot .com/2009/ 10/di-pusara- bonda.html

()"" ' )
( ,'o' )") Nakhai’e
(,,)(")(") "
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Ramadhan Al-Mubarak Kembali Lagi"

Catat Ulasan