Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 18 Ogos 2010

Pelik Tapi Benar - India Ada, Malaysia Tiada

Entri ini diterima dari yahoogroup, diceritakan oleh Intanberlian87 seorang pelajar perubatan Malaysia di sebuah IPT di India berkisah pengalaman hidupnya di negara berkenaan.

Huhu ok nak bagitahu awal-awal entri ini amat panjang.maaf ye kalau berpinar mata baca.jangan juling sudeyh..

1. TANDAS DI MANA SAHAJA SELAGI KAU MUKA TEMBOK

First sekali, tak terkira orang kencing tepi jalan.bukan kencing je.malah berak pon melambak.. lepas dah settle qada’ hajat..bangun.. tanpa membasuh.perkh kalau naik bas tahan aje lah bau hancing nye. dulu aku terperanjat , tapi sekarang dah lali.hoho. yang perempuan.. tak duduk pon. Kangkang kat longkang je kot.adoih. hmm malaysia ada? Kalau sewel ada kot yang buat.huhu. sebab itu lah hilangnya udara nyaman di india. Sekali aku jejak KLIA.. wah bahagia gila ada udara segar.

Ingatan penting bila di india..jangan sesekali jalan atas tanah mahupun tepi jalan. Situ port baik punye orang membuang. Kawan aku pernah terpijak taik manusia di pantai..sila hati2 ok.

2. PLEASE SOUND HORN

Hon kereta bingit tak ingat dunia.boleh pecah gegendang telinge. Ini adalah satu kejutan yang amat drastik bagi aku.. tiada lagi keamanan dalam hidup aku bila ke town.. Dalam satu bas tu ada macam-maca jenis hon.. kalau jumpa keta hon perlahan sikit.kalo jumpa lori.hon mengaum sikit.. kira signal ni dah tak pakai lah.. main hon je.nak potong keta depan guna hon.nak masuk selekoh pakai hon.hebat tak? Di belakang lori siap tulis PLEASE SOUND HORN! Hoho. Kalau di Malaysia hon orang..mahu kena sekeh kepale? Kurang ajar namanya..

3. TRAFFIC YANG MENGGILA

Traffic india sangat-sangat teruk.. jalan 2 lane jadi 3-4 lane.. memang polis kat depan tu macam tunggul je.. kalau di Malaysia aku rasa masyarakat lagi perihatin.. kan ada bunyi bila kereta nak undur kan? Bunyi kalau di malaysia..tet tet tet.. kan?? Kalau di india..ada macam-macam bunyi..malah lagu hindustan pon ada.. hebat tak cara diorang menghargai industri muzik diorang?

4. AUTOMAN

Di india semestinya ada AUTO.. hmm senang beb. Kalau kat malaysia.. orang naik teksi kan.. kalau nak culik..sekali kunci pintu.. dah tak dapat lari.. tapi kalau naik auto.. boleh lompat2 keluar.boleh jerit2 minta tolong sebab takde pintu pon.huhu.





















5. TONG SAMPAH TIADA MAKNA


Di India aku belajar nak buang sampah.. buang saje di mana-mana.. nak cari bakul sampah.tong sampah.. haremmm!! Kolej aku pon. Payah betul nak cari tong sampah.. sudahnya. Aku pon jadi budaya India.buang aja di mana-mana.. dulu aku pandang gak kiri kanan atas bawah kalau-kalau nak cemarkan persekitaran.nampaknya sekarang aku semakin adapt dengan jayanya. Hoho.ampun. jangan aku balik malaysia buat macam tu sudeyh,mampoiii kena saman.

Then kalau orang nak meludah,ludah saje mana2.. takde sape nak marah. Agak2 kalau bas lalu tepi kau.. jangan sesekali diri sebelah.. orang meludah.mahupun muntah sesuka hati tanpa pandang kiri kanan atas bawah.. pernah aku naik bas..tetiba.sedap makcik tu muntah tanpa bagi warning..perkh..nasib baik aku sangat cepat dan tangkas ok.

6. UNIVERSITI MACAM TADIKA

Universiti aku sebijik macam sekolah. Bila ambil attendance.. nama kena panggil sorang-sorang.. sapa tak datang kantoiii.. bila tengah duduk di luar, tiba-tiba lecturer lalu depan kita.. tak depan pon.. mahu 10 kaki kot.kena bangun tanda respek. Even lecturer masuk kelas pon kena berdiri.. bukan itu sahaja.. layanan memang sebijik macam budak sekolah.. fuhh.. kat malaysia aku jamin main sign je attendance kan? Nak datang lambat pon takde orang marah kan? Sini lambat.. diri lah kau kat luar kelas.

Bukan itu saja.. kelas aku masih gunakan kapur dan blackboard ok.. kerusi dan meja pon lagi buruk dari budak sekolah.














ni medical dan dental college


7. SKULL DAN MAYAT

India..aku boleh dapatkan skull dan bones original dengan harga yang sangat murah.. nak lagi hebat? Beli dekat kubur beb. . harga sekepala tak sampai RM20 pon. Huhu. Kat Malaysia artificial je.. mahal pulak tu. Rasa hebat tak tidur dengan kepala orang.yela tengah belajar-belajar anatomi tu sekali terlelap pulak kan.hoho.





















nama dia bobo.huhu














8. PONDAN MINTA SEDEK
AH

pernah tengok orang minta sedekah? Mesti pernah.. tapi pernah tengok pondan minta sedekah? India melambak beb.. bila budak kecik minta sedekah semua boh layan.. tapi si pondan akan tepuk tangan 2 kali.. then tadah tangan..kompem diorang bagi.. bagi orang india.. golongan pondan ni golongan istimewa.. so sebab tu diorang sedekah.. sengal kan?

9. BAS MACAM SARDIN

Kau boleh sumbat seberapa ramai lagi orang dalam bas tu walau dah senget macam mana pon.asalkan boleh muat walau sebelah kaki.. yang penting tangan kene kuat mahu bergayut sebelah tangan dan sebelah kaki.. agak2 kalau tergesel montot tu paham2 lah eh..












10. BANGUNAN SEPARUH SIAP UNTUK PANJANG UMUR


India bangunan semua separuh siap.especially di tempat aku.. Salem. Kenapa? Sebab katanya kalau bangunan siap.. nanti umur pendek.hoho.. so hospital separuh siap. Bila bawah dah siap. Kasi penuh dengan pesakit.. atas tak siap takpe.penuh ceracak.. agak-agak pesakit melimpah ruah. Tambah lagi setingkat.
















hostel ni memang tak siap pun time kitorang sampai.















11. MAKANAN


Makanan di india.. memang pedas. Dia tanya spicy or non spicy? Non spicy pon bapak pedas.hoho.. and then. Tak macam malaysia.. ada air milo ais, teh ais, laici, bandung.bla2.. india minum air putih je.. kalo nak jus ade.tapi pure jus.manis macam minum selori gula.. agak2 berani mati.. minum lah air putih diorang. Haha.. kompem toilet jadi bilik kedua nanti.. perot tak tahan memang janganlah sesekali minum air selain air mineral.. air di India tak sebersih air di Malaysia.. satu lagi kandungan klorin sangat tinggi berbanding Malaysia.. sebab tu banyak insiden Fluorosis.

India ada pelbagai roti yang best.. ada roti nan, romali roti, tandoori roti, kulcha, dosa selain capati,paratha dan tosei.. grilled chicken perkh... memang ada umph.. hehe.aku tak rasa malaysia ada semua ni..

12. TOILET

Toilet di India.. ada 2 jenis.. kebanyakkannya bukan lelaki dan perempuan tetapi toilet india (toilet cangkung ) atau western ( toilet duduk).. toilet terbuka tak semesti takde orang.. sebab pernah pintu tak kunci..sekali aku tolak ada makcik tengah tutttt. Dang!

13. GOLEK2 ATAS RUMPUT

Cerita melayu mana ada orang golek2 atas rumput..keliling bukit.. pakai skirt kat salji.. lepas golek2.. tiba-tiba tukar baju lain.. tengah menari2 gelek2 tiba baju lain.. hah takleh lawan filem hindi mahupun tamil.. hebat tak?

14. TREATMENT MURAH

Treatment gigi mahupun klinik di india sangat-sangat murah. Aku pakai braces total bernilai RM 1200. Kalau di Malaysia, braces saja RM1500. Tak termasuk appoinment setiap bulan RM100+ total semua mahu RM4k. Hehe.. so memang harga ubat di India murah.

15. KATIL ATAS BAS

India ada bas yang ada katil..means seat untuk baring.. dipanggil sleeper class.. hmm takde dah main rebahe kerusi..huhu hebat tak? Best je baring.. tahu2 dah sampai destinasi.. dah lah ada langsir.. so bolehlah nak tanggal tudung ke waktu tidur.. siap bantal dan selimut dalam tu..














ni bas ada katil 2 tngkat.. memang selesa.. siap ada langsir.


16. COKE MASALA

Satu lagi ada tak kat malaysia orang minum coke dengan masala? India ada.. hoho.

17. SARI

India ada sari yang cantik dan murah berbanding malaysia.huhu.boleh buat baju kurung =D













18. WEDDING


Majlis orang kahwin di India makan guna daun pisang.. =D














19. MOVIE DALAM BA
S

Mana ada bas di Malaysia tayang filem dalam bas.. kat india ada.. aku agaklah kan..sekali aku pergi town.. sekali tu aku khatam satu cite tamil syiok lama-lama layan ni.. konjem2 tamil tariyamma.. tengok aku pon dah leh cakap tamil =D

20. MARATHON PAKAI HEELS

Mana ada orang marathon pakai heels.. sports day..bersukan pakai labcoat macam orang di India.. India takde game futsal,basketball,netball utk perempuan.. tapi ada game THROWBALL dan TERNICOTT.. malaysia takde.hee

21. DUIT INDIA BUSUK

Bila duit malaysia berconteng..adalah satu yang pelik.tetapi itu kebiasaan di india. Bila duit india suci bersih.cantik berkilat.. diorang akan chek. Tak caya.cubalah.. sebab dikhuatiri duit palsu.. tapi kalau duit tu berconteng2.. kotor boloh.. busuk gila.yang tu kompem ori. Hoho. Geli den pegang duit india. Cuba bayangkan.. lepas kencing sepah-sepah tak cuci tangan.then pegang duit.. errr geli.

22. TENAGA BURUH PAKAI SARI

India masih gunakan tenaga buruh untuk buat bangunan dan jalanraya.. tak macam malaysia cukup semua mesin dan kelengkapan.. kadang-kadang aku tengok..makcik tu pakai sari relax je angkut batu batan besar2...dahsat2... dan kebanyakkannya perempuan yang buat kerja-kerja camni.














diorang masih gunakan sistem takal =D


23. SALJI

India ada salji!!! Salji sepanjang tahun gitu.. malaysia takde salji.heee.














DI Kullu Manali, Himachal Pradesh

memang sejuk gila lah.. tempat ni ada salji sepanjang tahun.

24. TAJ MAHAL

Yang pasti india ada Taj Mahal!!!!! Bukti suci cinta agung Shah Jahan dan Mumtaz.. dari mana datang TAJ MAHAL? TAJ=TAZ.. mahal bermaksud istana.. sepatutnya adanya BLACK TAJ MAHAL yang sepatutnya terbina di belakang TAJ MAHAL.. dan di situ bakal diletakkan makam untuk Shah Jahan.. sayangnya..usaha itu ditentang oleh anak shah jahan sendiri lalu dikurung bapanya di AGRA FORT.. sebab anaknya tidak mahu ada lagi membuang duit rakyat semata-mata untuk kepentingan bapanya.. di situ.. saban hari shah jahan menangis sambil memandang taj mahal yang sayup boleh dilihat dari tempat kurungannya.. akhirnya shah jahan pon mati.. sampai sekarang masih wujud tapak untuk BLACK TAJ tu.. tapak je la..

Taj mahal ni dibina semetri.. kesemuanya semetri... dan hanya satu makam mumtaz di tengah2 nya.. cuba perhatikan.. kelainan pada 4 menara di sekeliling taj mahal tu.. apa yang pelik? Ape yang berlainan??? Dapat??? Tahu kenapa??? Cuba carik... =D

Kos masuk tak mahal berharga RS 750 bersamaan RM 55 kot.huhu.. tapi local. Hanya RM 2 Je.. hee.





















tempat wajib amik gambar =D

















tapak black taj.
















Agra Fort

























Gate of India, Delhi
kat situ.. dicatatkan semua nama perwira-perwira
yang telah terkorban =D
















telefon bergerak.


25. BADANG @ KULI

Hmm hebatkan badang tu? Tak terlatih kot..haha. boleh hangkut beg tu sekaligus. Beg aku je agak2 dah dekat 30kg. Campur yang atas tu...errr... boleh tergeliat leher. KULI ni dah memang sedia ada di mana-mana stesen keretapi.. hoho.














kuatkan pakcik ni















hmm india memang banyak sangat homeless.

diorang memamg boleh tidur di mana sahaja..

oklah.. panjangkan entri aku.. hehe.. maaplah cepit ko kena baca sampai habis..

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Pelik Tapi Benar - India Ada, Malaysia Tiada"

Catat Ulasan