Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Ahad, 10 Julai 2011

ATM : Pelihara negara daripada anasir jahat


Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyampaikan hadiah pedang kepada salah seorang pegawai kadet terbaik pada Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan di Padang Kawad Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor, semalam.


BATU PAHAT 9 Julai – Seluruh rakyat dituntut agar terus memelihara dan menjaga keamanan serta keselamatan negara daripada anasir yang tidak diingini.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, sebagai negara berdaulat, tanggungjawab mempertahankan tanah air bukan hanya terletak di bahu pasukan keselamatan, sebaliknya ia merupakan tanggungjawab seluruh rakyat.

“Suka saya mengingatkan kepada semua supaya sentiasa mempunyai semangat cintakan negara walau di mana jua kita berada,” titah baginda selepas menyempurnakan Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ke-30 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini, hari ini.

Baginda turut berkenan mencemar duli mengurniakan hadiah kepada 25 pegawai kadet terbaik, malah mereka bersama ibu bapa masing-masing turut berpeluang menghadap baginda selepas pengurniaan tersebut.

Seramai 1,109 pegawai Palapes dari 14 IPTA ditauliahkan dalam majlis tersebut.

Turut berangkat ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail selain Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Sultan Ibrahim turut menyeru rakyat menjadi manusia berilmu dan sentiasa mengamalkan nilai integriti yang tinggi supaya menjadi contoh yang baik kepada generasi masa depan.

Baginda juga menuntut anggota Palapes memainkan peranan sebagai peniup semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat dan menunjukkan contoh teladan baik dalam menjalankan tanggungjawab sosial kepada negara.

“Tugas ini amat penting kerana isu keselamatan negara memerlukan kerjasama teguh setiap warga Malaysia supaya sentiasa bersedia menghadapi apa-apa jua ancaman ke atas kedaulatan tanah air,” titah baginda.

Baginda berharap anggota Palapes dapat menggunakan ilmu ketenteraan yang dipelajari sebagai panduan dan perisai dalam menghadapi apa-apa jua rintangan dan cabaran.

Palapes yang disertai pelbagai agama dan kaum, titah baginda, akan lebih mendorong kepada hubungan dan kerjasama lebih erat di kalangan masyarakat di negara ini.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "ATM : Pelihara negara daripada anasir jahat"

Catat Ulasan