Marilah kita perjuangkan Allah
Allah telah dilupakan oleh kebanyakkan orang
Perjuangkan semula Allah
Hingga Allah menjadi kawan di dalam kehidupan
Kita jadikan Allah kawan yang setia
Allah sangat diperlukan oleh setiap insan
Marilah juga kita perjuangkan kasih sayang dikalangan manusia
Kini kasih sayang telah hilang
Pada hal kasih sayang semua manusia memerlukan
Tidak ada kasih sayang, tidak adalah perpaduan
Tidak ada kasih sayang, hilang satu kekuatan
Tidak ada kasih sayang, mudah sahaja timbul perbalahan
Marilah kita perjuangkan kedua-duanya
Perjuangkan Allah dan kasih sayang di dalam kehidupan
Kedua-duanya sangat diperlukan oleh setiap insan
Kehilangan Allah dan kasih sayang manusia menderita
0 ulasan: on "Marilah Perjuangkan Allah Dan Kasih Sayang"
Catat Ulasan