Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Ahad, 10 Julai 2011

TUDM : Potensi ancam negara

MINGGUAN: Sejauh mana seriusnya pencerobohan ruang udara Malaysia oleh negara jiran Singapura?

RODZALI DAUD: Merujuk kepada sejumlah 2,508 pencerobohan oleh pesawat Tentera Udara Republik Singapura (TURS) seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pertahanan di Parlimen tempoh hari, ia merupakan pergerakan pesawat Singapura yang direkodkan memasuki ruang udara Malaysia tanpa kebenaran (trespassing) di kawasan Batuan Tengah sejak 2008.

Jumlah tersebut direkodkan apabila Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2008 memutuskan bahawa kedaulatan Batu Puteh dipunyai oleh Singapura dan Batuan Tengah pula milik Malaysia. Lanjutan kepada penghakiman tersebut, ICJ menyarankan agar Malaysia dan Singapura mewujudkan satu jawatankuasa bersama bagi menangani persempadanan di antara kedua-dua buah negara. Sebuah Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura telah dibentuk bagi membincangkan isu persempadanan yang masih belum selesai sepenuhnya.

Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab TUDM untuk mengawasi, mengenalpasti, memintas jika perlu dan merekodkan setiap pergerakan pesawat asing tanpa kebenaran di ruang udara Malaysia. Jika terdapat pesawat Singapura atau dari mana-mana negara sekalipun yang memasuki ruang udara Malaysia tanpa kebenaran di kawasan ini, ia dianggap sebagai perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Adakah alasan Singapura kejadian itu bukan pencerobohan sebaliknya berlaku disebabkan ruang udara negara itu yang sempit munasabah?

RODZALI DAUD: Insiden seumpama ini berlaku bukanlah disebabkan ruang udara negara Singapura yang sempit. Pihak Singapura menyatakan bahawa penggunaan laluan di kawasan tersebut adalah berasaskan hak keistimewaan laluan transit (right of transit passage) seperti mana yang diperuntukan oleh Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa.

Pada dasarnya, kebenaran penggunaan ruang udara negara asing oleh pesawat tentera atau pesawat terbang milik kerajaan mestilah terlebih dahulu mendapat kelulusan. TUDM sentiasa menghormati aspek kebenaran dan kelulusan tersebut dan pada masa yang sama supaya masalah yang boleh mengancam keselamatan dengan menggunakan segala saluran dan mekanisme yang telah ditetapkan.

Sehingga sekarang tiada sebarang masalah dihadapi untuk berurusan dengan mana-mana negara di seluruh dunia. Berdasarkan kepada prinsip ini adalah menjadi hak Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat untuk membuat bantahan diplomatik jika berlakunya insiden seumpama ini.

Berapa lamakah trend pencerobohan itu dikesan?

RODZALI DAUD: TUDM telah mula merekodkan aktiviti-aktiviti ini di kawasan persekitaran Batuan Tengah setelah ICJ memberi penghakimannya pada 23 Mei 2008. Tarikh tersebut adalah sebagai titik permulaan perekodan terhadap sebarang pergerakan pesawat terbang yang memasuki ruang udara Malaysia di kawasan terbabit tanpa kebenaran sama ada tentera ataupun awam.

Apakah tindakan-tindakan pihak Tentera Udara Diraja Malaysia apabila mendapat maklumat mengenai pencerobohan ini?

RODZALI DAUD: TUDM mempunyai prosedur tetap dalam menangani isu ini. TUDM bertanggungjawab dalam memastikan ruang udara Malaysia sentiasa selamat daripada sebarang ancaman. Bagi setiap pergerakan yang telah dikenalpasti sebagai memasuki ruang udara tanpa kebenaran, ia direkodkan untuk dijadikan sebagai rujukan dan bukti kepada bantahan di masa hadapan.

Rundingan mengenai perbatasan sempadan di antara Malaysia dengan Singapura bagi kawasan ini masih diteruskan. Dalam konteks ini, TUDM telah menghantar pegawai-pegawainya sebagai sebahagian daripada anggota delegasi Malaysia di dalam Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura ini. Sebagai menjunjung prinsip-prinsip yang digariskan oleh Piagam Bangsa-bangsa Bersatu, isu ini telah ditangani dengan cara berhemah. Segala maklumat berkaitan isu ini disalurkan kepada Wisma Putra untuk tindakan selanjutnya seperti membuat bantahan diplomatik.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "TUDM : Potensi ancam negara"

Catat Ulasan