Kau mungkin bukan perempuan terbaik
Tapi buat lelaki sepertiku
Mungkin tidak ada yang lebih
Darimu
Aku mungkin tidak mendapat segala-galanya
Tapi dengan keadaan begini
Aku tidak meminta
Yang lebih baik
Usahlah bertanya apakah aku bahagia
Aku juga tidak menyoal perasaanmu
Kerana kadang-kadang bila terlalu mahu memasti
Orang jadi semakin ragu
Terlalu berbicara dan banyak menganalisa
Orang jadi semakin tidak tahu
Aku mungkin kurang pasti
Tentang apa yang telah kukatakan
Tapi yang pasti
Diriku menyayangimu dengan sepenuh hati
0 ulasan: on "Siapalah aku"
Catat Ulasan