Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 14 Julai 2011

Siri 1 (Episod 1) : Diari Kisah Hidupku - Berkenalan dengan kawan sepupuku

Oktober 2006 : Berkenalan dengan kawan sepupuku

Pada hari minggu, cuaca dalam keadaan baik. Kebetulan pada hari tersebut aku tiada latihan tentera dan aku lepak di rumah kakakku. Dah menjadi rutin harian hidupku, jika tiada hal penting aku akan lepak dirumah dan tidak ke mana-mana. (rakan-rakan sekolah, keluarga dan jiran tertangga di kampung aku, mereka tahu sangat kebiasaan hidup aku yang suka lepak dalam rumah sehingga ada kata, aku anak mak dan seperti perempuan).

Kebetulan pada hari tersebut kakak sekeluarga tiada di rumah. Sepupuku As bersama kawannya Yah datang ke rumah akakku.

Dia ketuk pintu, dia tanya "Assalamualaikum"

Jawapku "Waalaikumusalam"

"Khaie, Kak Ni ada di rumah tak"

"Takde, dia keluar dengan keluarga dia, ada apa hal"

"Aku datang nak jumpa Kak Ni, ada hal sikit"

"Kak Ni takde kat rumah, nanti Kak Ni balik aku bagitau kau cari dia tapi sebelum tu kau pergi la mana-mana dulu"

Sepupu aku dan kawannya ambil Pengajian Islam dalam bidang Syariah di sebuah IPT di Bangi. Dah jadi kebiasaan, jika tiada muhrim di rumah, dia takkan masuk ke rumah. Jika masuk takut berlaku fitnah pula, sebab dalam rumah tu aku seorang diri sahaja yang ada.

Dalam masa yang sama, aku terpandang kawannya. "Terdetik dalam hatiku, Ya Allah lawanya, comelnya, kulit cerah, bertudung labuh dan beragama pula tu, adakah dia kau terciptakan untuk aku".

Tanpa aku sedari rupanya Yah mengetahui aku sedang mencuri-curi pandang wajahnya. Segera dia menoleh dan memberikan senyuman yang ditatah indah. Baru ku sedari bahawa wajah itu mempunyai senyuman yang manis. Apakah sudah ditakdirkan kali ini aku mempunyai ikatan sekali lagi dengan seseorang, jika sebelum ini aku penah dipermainkan semasa di Kolej dulu? Tiba-tiba getaran melanda dadaku dan degupan jantungku mula bergelora seumpama musim tengkujuh. Perasaan apakah ini? Cintakah itu?

Setelah mengetahui bahawa Yah menyedari yang aku mencuri-curi pandang wajahnya di pintu rumah kakak ku itu, aku terus menjadi pemalu dan tidak berani lagi untuk memandang wajahnya walau untuk sedetik sehinggalah mereka bereda dari rumah kakakku.

Akakku balik dari membeli barang keperluan hariannya, aku maklumkan "Tadi As dan kawannya datang rumah, ada hal katanya. Lepas bagitau Kak Ni tiada di rumah dia bereda dari sini, nanti petang dia datang balik".

“Assalamualaikum Kak Ni?” As bagi salam.

Kami sekeluarga menjawap "Waalaikumusalam".

“Hah As, jemputlah masuk pelawaan Kakak ku kepadanya"

As dan kawannya masuk ke rumah. Mereka berbual, apa entah aku tak tahu tapi apa yang aku tahu As dan kawannya aku tidur di sini malam ini, esok pagi mereka akan balik ke U tempat mereka belajar. Malam itu mereka tidur dalam bilik, aku tidur di ruang tamu. Esok paginya waktu subuh, entah macam mana secara tiba-tiba aku masuk ke bilik tidur mereka untuk cari sejadah, aku terlupa mereka ada di dalam. Aku terpandang Yah tengah tidur, aku terlihat dia tidur dengan tenang dan sopan sekali. Lalu aku keluar dari bilik tersebut.

Aku bertanyakan pada akakku "Mana sejadah dan suruh dia ambil"

Dia ambil dan berikan sejadah tersebut padaku.

Paginya selepas sarapan pagi. As dan kawannya nak balik ke IPT tempat dia belajar. "Kak Ni, As dan Yah dah nak balik, terima kasih bagi kami tumpang"

Aku minta izin pada kakakku untuk teman As dan Yah untuk bawa mereka balik ke kolej dengan selamanya.

Aku bawa mereka naik LRT Putra. Dalam perjalanan, aku tanya sepupuku "As, Yah dah ada pakwe ke belum?"

"Belum, kau suka dia ek"

"Hehehe... aku nak berkenalan dengan kawan kau boleh"

"Kau tanya dia sendiri macam mana"

Kami sampai di KL Sentral. Kami beli tiket komuter untuk ke Bangi. Komuter sampai, terus kami naik komuter tersebut. Sepupuku bagi chance untuk aku rapat dan duduk sebelah Yah. As tersenyum-senyum melihat gelagat kami.

Kami bertiga berbual-bual sebelum sampai ke destinasi yang di tuju.

Aku tanya Yah "Awak dah ada pakwe ke?"

"Belum, kenapa ya"

Aku secara gentlemen "Saya nak berkawan dan berkenalan dengan awak boleh?"

"Awak tanyalah Kak As macam mana, jika dia Ok. InsyaAllah boleh je". As bagi isyarat setuju.

"Maaf la ye semalam saya pandang muka awak lama sangat dan buat awak malu, saya tahu salah saya?"

“Salah tu tidaklah tapi saya segan kalau orang tengok saya macam tu.” Jawapnya tersipu malu.

“Nak segan apanya? Saya lagi segan sebab dah terkantoi semalam”

Dia tersenyum sahaja mendengar jawapan yang sejujurnya dariku. Senyuman yang kembali merentap tangkai jantungku. Ah, benar-benar membuatkan aku seperti tidak keruan. Adakah aku mula sukakan atau hanya kepada senyuman manisnya? Oh hati....usahlah mempermain-mainkan perasan sendiri. Usah bersandiwara dengan naluriku.

As maklumankan aku, "Jika nak telefon aku, telefon di no tel Yah sebab tel dia rosak"

"Ok"

Yah bagi no telefon dia, "Jika awak nak telefon dan bercakap dengan Kak As bagitau, nanti saya serah pada Kak As", pesan dia pada aku.

"InsyaAllah"

Kami sampai di stesen komuter Bangi. Aku hantar mereka sampai mereka naik Teksi untuk kembali ke Kolej kediaman mereka. Aku lampai tangan, terus beli tiket untuk bali ke rumah akakku.

Selama 2 hari dah berlalu. Aku telefon untuk bercakap dengan As, mengajak As dan Yah keluar pada hujung minggu. As dan Yah terima perlawaanku. Dan bermulalah espisod persahabatan aku dan dia. Setiap kali kami keluar, akan ditemani oleh sepupuku atau kawan-kawannya yang lain 4-5 orang jugalah. Aku melayani mereka selayaknya seperti tuan rumah yang melayan tetamu yang berkunjung. Segenap tempat-tempat menarik kami mengunjunginya. Pertemuan ini juga telah menyuburkan lagi kemesraan antara kami.

Aku termenung, aku seperti tidak keruan. Perasaan aneh apakah ini? Kenapa dalam keriuhan manusia itu aku terasa sunyi? Alunan muzik yang dimainkan di radio tidak ubah seperti orkestra bisu. Inikah perasaan yang telah aku rindukan? Perasaan mula menyayangi seseorang!

Akhirnya memang telah sahih lagi terbukti bahawa aku mula mendapat penyakit yang sering dihidapi oleh mereka yang sedang mabuk bercinta. Penyakit angau tanpa sebab dan tanpa rasa malu. Ke mana sahaja aku pergi, apa sahaja yang aku lakukan pasti akan terbayang wajah dia. Paling kronik apabila ingin melepaskan hajat di tandas sekali pun aku terbayang wajahnya itu di dalam mangkuk tandas. Betapa angau tahap keterlaluan!

Apa yang harus aku lakukan? Perlukah aku meluahkan perasaan hatiku kepadanya? Tetapi bagaimana caranya? Melalui SMS? YM? Email? Surat berantai? Atau adakah melalui cara yang paling gentleman iaitu bersemuka?

Aku menefon Yah, "Assalamualaikum awk."

"Wslm. Pekabo?

"Baik je. Saya menelefon awk ni ada hal nak cakapkan?"

"Apa dia, cakaplah?

"Saya nak bagitau awak, yang saya suka awak"

"Hah apa dia, awk ni biar betul, jangan main-main"

"Saya tak main-mainlah awk, betul la apa saya cakap ni"

Dia masih lagi terkejut, telefon tersebut sepupuku ambil dan bercakap dengan aku. "Khaie, mu biar betul ni, jangan main-main dengan kawan aku"

"As betul la aku suka dia, mana ada main-main, aku tak tipu la"

"Ok la jika gitu gak". Dia bagi kembali telefon tersebut pada Yah.

"Awak, saya betul-betul suka awak"

"Ok saya percaya, kita berkawan dulu yer"

"Ok, terima kasih"

Begitulah serba sedikit perjalanan kisah aku dengan dia. Hari-hari yang kami lalui penuh dengan keceriaan dan kebahagiaan, sepupuku dan kawan-kawannya jadi peneman setia kami setiap kali keluar bersama.

Rupanya aku ingat panas sampai ke petang. Tetapi apakan daya, masa menghambat kami kerana terlalu cemburu. Tempoh 6 bulan persahabatan kami ter'uji'.

Sebelum aku berangkat ke Beijing, dia berpesan kepadaku. "Hati-hati awak di negara orang, jaga solat dan agama, jangan buat hal, ingat saya disini yer dan saya tunggu awak".

"InsyaAllah, saya ingat pesan awak tu"

Selama 6 hari aku di Beijing, aku kembali ke ibu negara. Kembalinya aku dari sana perubahan ketara ada padaku. Apa yang aku alami di sana telah menyedarkan diri aku, demi kebaikkan dia dan hubungan kami.

Aku sms dia, "Awk kita putuskan hubungan kita"

"Apa dia?" ucapan itu keluar dari Yah.

"Hmmm, saya cakap kita putus hubungan kita, ini yang terbaik untuk kita dan hubungan kita ni, demi kebahagiaan dan masa depan awak". Dalam hati aku hanya Allah yang tahu bertapa perit dan sedihnya hati ini untuk ucapan perpisahan ini. Apa aku buat tu segalanya untuk dia, walaupun aku pentingkan diri sendiri.

Hari berganti hari. Aku amat sedih masa tu, keluargaku pun tahu hal aku dengan dia. Aku cuba menjelaskan hal tersebut pada dia tapi semuanya sia-sia belaka.

Aku telefon sepupuku untuk aturkan pertemuan kami untuk kali yang terakhir. Sepupuku bersetuju temukan kami dan dia temankan kami.

Hujung minggu aku ke IPT tempat dia belajar untuk berbincang hubungan kami. Seperti yang dijanjikan, kawan aku Ariff menemani aku ke Bangi untuk berjumpa mereka. Kami sampai di tempat yang di janjikan.

Aku menunggu dia dengan penuh sabar dan kegelisahan. Mataku ternampak kelibat mereka dalam perjalanan ke mari. Sekarang ini, mereka betul-betul di hadapan aku dan sahabatku.

Kami memberi salam "Assalamualaikum"

"Wslm" mereka jawap.
Dia bersuara "Awak kata ada hal penting, cakaplah apa dia? Kata ada sesuatu ni senyap pulak" terbit tutur kata yang membuatkan aku menggelabah secara tiba-tiba setelah sedari tadi aku membisu seketika.

"Saya nak sambung balik hubungan kita, saya amat menyesal atas apa saya cakap hari tu pada awak. Bukan niat saya untuk memutuskan perhubungan kita. Saya ikutkan hati dan perasaan sedih saya apa yang telah saya alami di Beijing tempohari". Tapi segalanya dah terlambat. Apa yang aku alami di Beijing telah menyedarkan aku, hinaan dan cacian yang aku terima, aku taknak dia pun terasa. Itulah sebab aku memutuskan hubungan kami tapi yang kecewa dan merananya aku.

"Sekali saya dah terasa hati, dah putus. Saya takkan sambung balik, tiada peluang kedua" tuturnya dengan jelas dan tegas. Apa yang aku jelas dan terangkan segalanya pada beliau, langsung tak berguna. keputusannya MUKTAMAT. Perubahan besar ada pada riak wajahku, aku mengalir air mata.

"Tapi apa pun segalanya terserahlah kepada awak. Saya hanya luahkan apa yang terbuku dihati” nadaku semakin mengendur seakan-akan berbisik di angin lalu.

"Saya faham. Sekarang ni kita kawan biasa dan tak lebih dari itu. Kita buat haluan masing-masing” tuturnya dengan jelas dan tegas.

"Jadi maksudnya keputusan awak muktamat la?” Tanyaku lagi demi kepastian.

"Yup"

"Dalam erti kata lain menolak juga kan?" nadaku semakin sayu. Terasa diriku semakin mengecil seumpama seekor semut yang penyek dipijak dengan kata-kata itu.

"Awak janganlah macam ni. Kita masih boleh jadi kawan kan?"

"Kawan? Terlalu sukar bagi saya sebab saya sudah anggap awak lebih dari seorang kawan. Mungkin ada baiknya kita anggap yang kita tidak pernah bertemu dan tak penah kenal." Mungkin kerana terlalu emosional aku mengeluarkan kata-kata itu.

"Hmmm. Sampai hati awak. Ok terpulang pada awak" Suaranya sayu melihat air mukaku berubah kerana sedih.

“Maafkanlah saya. Mungkin ini yang terbaik untuk kita berdua,” kataku seraya tunduk memandang rumput.

Entah berapa kali lagi aku harus menghadapi kekecewaan demi kekecewaan. Mungkin sudah ditakdirkan bahawa aku dan kekecewaan ibarat aur dan tebing. Di mana aku berada di situlah kekecewaan akan mendampingiku. Kalau diikutkan hati yang sering dikecewakan, semahunya aku berputus asa dan tidak mahu lagi membabitkan diri dengan cinta atau seumpamanya lagi. Biarlah cinta datang mencari aku kerana aku sudah serik untuk mencari cinta. Tapi benarkah aku sudah serik?


************************ Bersambung cerita seterusnya *************************


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Siri 1 (Episod 1) : Diari Kisah Hidupku - Berkenalan dengan kawan sepupuku"

Catat Ulasan