Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Ahad, 10 Julai 2011

Kapal TLDM berlepas ke Teluk Aden

KUALA LUMPUR 9 Julai – Kapal Auxiliary Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bunga Mas 5 (BM 5) dan Tim OP Fajar (10/2011) berlepas dari Jeti Operasi Pangkalan TLDM, Lumut bagi meneruskan penugasan Operasi Fajar di Perairan Teluk Aden, Somalia.

Seramai 62 orang yang terdiri daripada 14 pegawai dan 48 orang anggota lain-lain pangkat berlepas ke Aden tengah hari ini.

“Anggota dan pegawai adalah daripada Pasukan Tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada Pasukan Elit ATM iaitu Pasukan Khas Laut (PASKAL) Grup Gerak Khas (GGK) dan Pasukan Khas Udara (PASKAU), pasukan perubatan dan krew pesawat FENNEC serta krew MISC (Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia) yang telah diserap ke Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM),” menurut kenyataan Markas Armada Pangkalan TLDM di sini.

Penugasan Tim OP Fajar (10/2011) kali ini dijalankan pada bulan Ramadan dan seterusnya menyambut Aidilfitri di kawasan operasi yang diketuai Pegawai Memerintah Kapal, Komander Tajuddin Abdul Rahim (PSSTLDM) manakala Ketua Gugus Tugas (KGT) diketuai Mohd. Faizzal Mohd Ali.

Kenyataan itu menambah bahawa BM 5 dijangka tiba di Perairan Teluk Aden pada minggu depan.

Pada masa ini kapal-kapal dagang yang merentasi Perairan Teluk Aden diiringi oleh Pasukan Perlindungan Khas (PPK) bagi melindungi dan memastikan keselamatan kapal.

Kerjasama strategik di antara TLDM dan MISC Berhad melalui pengoperasian BM 5 berjaya menangani cabaran kekangan aset TLDM dan kos pengoperasian yang tinggi.

“Ini membuktikan penyelesaian jangka panjang terhadap keselamatan aset dagangan negara dalam memastikan kepentingan aset maritim negara tidak terancam,” menurut kenyataan itu. –BERNAMA


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Kapal TLDM berlepas ke Teluk Aden"

Catat Ulasan