Seramai 42 orang pegawai dan anggota
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang cedera dan mengalami kecacatan
kekal ketika berkhidmat antara tahun 1969 hingga 1990 dianugerahkan
Pingat Jasa Malaysia (PJM) sempena Majlis Penganugerahan Pingat Jasa
Malaysia dan Majlis Meraikan Anggota Cedera Sempena Hari ATM Ke-79 yang
diadakan pada 9 Okt 12 bertempat di Dewan Seroja, Kem KEMENTAH. Pingat
ini telah disampaikan sendiri oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan
Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin.
Penerima pingat ini membabitkan pegawai
dan anggota yang cedera kekal ketika operasi atau latihan berisiko
tinggi di dalam dan luar negara terutama ketika memerangi pengganas
komunis. Pingat ini dianugerahkan khusus bagi pegawai dan anggota yang
terbabit memerangi pengganas komunis secara langsung dan tidak langsung
antara tahun 1969 hingga 1989 di Semenanjung Malaysia serta sehinnga
1990 untuk Sabah dan Sarawak.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah
Panglima-panglima Perkhidmatan, Pegawai Kanan ATM, para pegawai dan
anggota serta ahli keluarga penerima pingat.
0 ulasan: on "ATM : Majlis penganugerahan pingat jasa Malaysia dan majlis meraikan anggota cedera sempena hari ATM ke-79"
Catat Ulasan