Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 17 Oktober 2012

Sukan : Pasukan ATM bersama Yang di-Pertuan Agong Malaysia


https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/47103_359942450758933_390431987_n.jpg


Istana Negara, 17 Okt : Skuad ATM menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera (PBAT) berkata, beliau menjunjung kasih kepada Tuanku Abdul Halim, yang merupakan Pemerintah Tertinggi ATM, kerana berkenan menerima kunjungan 16 pegawai dan 27 pemain pasukan ATM.

"Fokus kita dalam baki tiga hari sebelum perlawanan akhir adalah memperbaiki kelemahan yang ada termasuk persediaan dari segi mental kerana bukan mudah mengalahkan pasukan kuat seperti Kelantan," kata Jurulatih ATM B. Sathianathan.

Sementara itu, penyerang ATM Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak melahirkan rasa bertuah kerana dapat menghadap Yang di-Pertuan Agong dan berharap 'limpah kurnia dan perkenan' daripada baginda, ATM mampu muncul juara Piala Malaysia musim ini. 

Skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu memberi fokus mengejar impian lebih besar iaitu misi menjulang Piala Malaysia buat pertama kalinya, selepas berjaya menamatkan penantian selama 46 tahun melangkah ke final, Sabtu ini 20 Oktober.

Kali terakhir ATM layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia ialah pada 1966 namun tumpas 0-1 kepada Selangor.

 
 Rekod pertemuan ATM vs Kelantan sejak 2007

Penyokong ATM masuk pintu A.

Penyokong Kelantan pintu C.

 Pintu SSA mula jam 4 petang.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Sukan : Pasukan ATM bersama Yang di-Pertuan Agong Malaysia"

Catat Ulasan