Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 17 Oktober 2012

ATM : Satu lagi sejarah

Gaetano Zauner menyematkan Pingat PBB kepada salah seorang anggota Malbatt 4 sambil diperhatikan Badrul Hisham Mohamad (kiri). 
SETELAH berkhidmat lebih kurang 11 bulan dalam misi UNIFIL di Lubnan, Batalion Malaysia 4 (Malbatt 4) sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kali ini kontinjen Malaysia itu menerima penganugerahan Pingat PBB atau Medal United Nations.

Majlis perbarisan Penganugerahan Medal United Nations itu telah diadakan pada 16 September lalu di pekarangan tapak bersejarah Tibnin Castle, di Tibnin, Lubnan. 

Penganugerahan itu telah dilaksanakan oleh wakil Setiausaha Agung PBB yang merupakan Komander Sector West, UNIFIL, Brig. Jen. Gaetano Zauner.

Duta Malaysia di Lubnan, Ilango Karuppannan, para pembesar tempatan, pegawai kanan dari UNIFIL dan Datuk Bandar Tibnin serta penduduk tempatan turut hadir. 

Bangunan bersejarah Tibnin Castle, di Tibnin, Lubnan yang menjadi lokasi majlis penganugerahan Pingat PBB kepada anggota Malbatt 4. 
Penganugerahan pingat itu merupakan pengiktirafan tertinggi PBB kepada semua anggota Malbatt 4 yang telah berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang di dalam misi UNIFIL.
Majlis penganugerahan itu telah diketuai oleh Komander Malbatt 4, Kolonel Badrul Hisham Muhammad dengan 15 pegawai dan 250 anggota lain-lain pangkat.

Badrul Hisham melahirkan rasa bangga di atas pengiktirafan yang telah diberikan oleh PBB terhadap pasukan di bawah pimpinan beliau itu.

Beliau berharap agar semua pengiktirafan yang dikecapi dapat menjadi motivasi kepada setiap anggota Malbatt 4 untuk terus bertugas dengan lebih cemerlang sehingga ke tarikh tamat misi. 

Mengulas mengenai pemilihan lokasi dan tarikh majlis perbarisan penganugerahan, beliau menjelaskan, itu adalah bekas istana penginapan pemerintah terkenal pahlawan Islam iaitu Salehuddin Al Ayubi.

Tarikh 16 September pula katanya, bertepatan dengan majlis sambutan Hari Malaysia dan Hari Angkatan Tentera Malaysia. 

"Oleh kerana pengiktirafan yang diterima oleh anggota pasukan Malbatt 4 juga merupakan satu sejarah, maka gabungan kesemua aspek lokasi, tarikh dan majlis ini bakal memberi kenangan yang abadi kepada pasukan Malbatt 4 pada masa hadapan," jelasnya. 

Ilango Karuppannan menyematkan Pingat PBB kepada anggota Malbatt 4 sambil diperhatikan E.D. Mustafa Bakar (kiri). 
Bagi penganjur majlis perbarisan penganugerahan pingat itu yang juga Timbalan Komander Malbatt 4, Lt. Kol. E.D Mustafa Bakar, pengiktirafan tersebut membuktikan anggota Malbatt 4 yang turut disertai anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berjaya berkhidmat dengan cemerlang dalam setiap tugas dan misi yang telah diamanahkan oleh UNIFIL. 

"Kecemerlangan yang dicapai ini adalah hasil daripada komitmen tugas dan prestasi tugas yang telah dilaksanakan oleh semua anggota Malbatt 4. 

"Ini terbukti di mana jumlah kehadiran semua pegawai UNIFIL, pembesar dan penduduk tempatan yang ingin sama-sama meraikan pengiktirafan yang diberikan oleh PBB kepada anggota Malbatt 4," katanya. 

Sesungguhnya kata beliau, kehadiran pasukan Malbatt 4 di sektor tanggungjawab UNIFIL telah membawa kesan yang besar terutama dari aspek hubungan penduduk masyarakat tempatan dengan anggota tentera UNIFIL. 

Ketua Elemen Jurutera Malbatt 4, Mejar Mohamad Jais Md. Som turut melahirkan rasa bangga atas pengiktirafan yang diterima kerana sumbangan dan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh beliau selama ini mendapat pengiktirafan dari PBB. 

Wakil TUDM Mejar Rizal Zainol pula menjelaskan pengiktirafan yang diterima itu merupakan kenangan yang tidak akan dilupakan oleh beliau terutama sekali dengan lokasi majlis perbarisan yang diadakan di atas Tibnin Castle yang merupakan tapak sejarah bagi negara Lubnan. 

Acara telah diakhiri dengan majlis jamuan makan kepada semua jemputan khas dan penduduk tempatan di atas puncak menara Tibnin Castle yang dapat melihat keseluruhan kawasan di selatan Lubnan.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "ATM : Satu lagi sejarah"

Catat Ulasan