Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 17 Oktober 2012

Sukan : Marlon 'telanjangkan' penyerang muda kita

Mana-mana penyerang tempatan wajar berasa malu mahupun tercabar dengan kemampuan Marlon Alex James sebagai penjaring tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) walaupun pada usianya yang mencecah 36 tahun.
 
Mereka juga diseru agar belajar bagaimana pemain dari St. Vincent & Grenadines ini mengekalkan stamina, prestasi dan sentuhannya yang sudah mengumpul 11 gol dalam Piala Malaysia, menjelang perlawanan akhir edisi 2012 dengan Kelantan di Shah Alam, Sabtu ini.

Marlon kata jurulatih kebangsaan dari 1998 hingga 2000, Abdul Rahman Ibrahim, juga bakal menjadi antara faktor utama yang mampu menjulang ATM selaku pemilik trofi teragung bola sepak negara itu di Stadium Shah Alam dengan diramal menewaskan Kelantan 2-1. 

"Penyerang Malaysia mahupun tempatan lain patut malu dengan kemampuan Marlon. Dalam usia pertengahan 30-an, sepakannya masih deras dalam permainan terbuka atau penalti apatah lagi stamina, pergerakan dan sentuhan jaringannya. 

"Tidak ramai pemain kita boleh bertahan dan menyerlah, malah masih memiliki keberanian dalam bola sepak pada usia sebegitu," kata jurulatih kelab Liga Super 2012, PKNS selain pernah melatih Perlis, Terengganu, Selangor, TNB Kelantan dan Deltras Sidoarja Indonesia itu kepada Utusan Malaysia.

Bagi jurulatih Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah, pemain berjersi nombor 9 itu boleh diibaratkan 'kelapa tua yang semakin hari akan semakin pekat santannya' sekali gus mewajarkan alasan mengapa ATM mampu mengakhiri penantian bergelar juara sejak 46 tahun lalu (ketika itu Piala Malaya).

"Saya pernah terdengar ulasan TV oleh seorang bekas jurulatih import yang menganggap Marlon seorang pemain yang berusia 36 tahun tetapi masih mampu berlari dan beraksi seperti pemain remaja 17 tahun. Saya juga setuju dengan pandangan tersebut," katanya.

Sebagai rekod, di bawah bimbingan Azraai, Kedah dengan sumbangan besar Marlon sebanyak 44 gol dalam 44 perlawanan.

Dia turut membantu Kedah menjulang tiga gelaran (Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super) dua musim berturut-turut pada 2006-7 dan 2007-8.

Sementara itu, pengurus Felda United, Faisal Zakariah meramalkan pasukan Red Giants mampu menang 2-1 (Sabtu ini) tetapi jika ada anugerah Pemain Paling Bernilai pada perlawanan akhir itu, Marlonlah yang paling layak menerimanya.

"ATM bakal banyak bergantung kepada Marlon. Hanya dengan menyekatnya, barulah kelebihan bergelar juara akan berpihak penuh kepada Kelantan," katanya yang dikatakan bakal mengakhiri kontraknya selepas enam tahun bersama kelab Kuala Lumpur itu.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Sukan : Marlon 'telanjangkan' penyerang muda kita"

Catat Ulasan