Menyingkap semula perjuangan sepanjang saingan Liga Malaysia musim ini, skuad kendalian Jurulatih ATM, B Sathianathan diletakan dalam Liga Premier adalah sebagai calon pilihan menjuarai liga berkenaan ditambah dengan kehadiran pemain bintang peledak seperti Marlon Alex James dan Bruno Martelotto.
Tidak cukup itu jentera tengah ATM diperkukuhkan kehadiran Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011, Hairuddin Omar dibarakan pasangan kembar, Mohd Zaquan Adha dan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.
Benteng pertahanan ATM juga diperkukuhkan Mohd Azmi Muslim, Irwan Fadzli Idrus dan Rezal Zambery Yahya membantu menyokong benteng terakhir ATM yang dikemudi bekas penjaga gol kedua, Negeri Sembilan, Mohd Farizal Harun.
Pada saingan Liga Premier, ATM muncul juara dengan mengutip 54 mata hasil 17 kemenangan, tiga seri dan dua kekalahan dengan mencatat rekod jaringan 73 gol dan bolos 20 gol sekali gus layak beraksi dalam Liga Super musim depan.
Sementara pada saingan Piala FA pula, saingan Hairuddin dan rakan hanya sekadar pada pusingan pertama selepas ditewaskan juara 1990, Perak 1-0 pada aksi di Stadium Perak.
Pada saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia, ATM diletakan dalam Kumpulan B bersama juara Liga Super, Kelantan, naib juara Piala Malaysia 2011, Terengganu dan Kedah.
ATM memulakan saingan kumpulan maut ini cemerlang apabila mencatatkan dua kemenangan, namun diikat Kelantan 1-1 di Stadium MPS sebelum tumbang 4-3 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bahru menyentak permulaan baik.
Kemenangan, 2-0 ke atas Terengganu pada perlawanan keempat mengesahkan satu slot terakhir ATM ke pusingan seterusnya biarpun pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan sekadar mencatat keputusan seri, 2-2 menentang Kedah.
Pada peringkat suku akhir pertama, ATM diundi menentang juara Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan anak didik Sathianathan ini namun gagal mengekalkan keselesaan mendahului apabila pelawat berjaya merapatkan defisit gol biarpun tewas, 3-2.
Aksi kedua di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi kelebihan dilihat lebih berpihak kepada Sang Rusa apabila mendahului pelawat 1-0, namun kelebihan pengalaman nyata milik ATM apabila mereka bangkit separuh masa kedua dengan tiga gol untuk menyingkirkan
juara bertahan untuk layak ke separuh akhir dengan agregat 6-3.
Separuh akhir menentang anak buah V Sundramoorthy yang terkenal dengan permainan pantas di Stadium Jalan Besar, ATM sepatutnya pulang selesa dengan jaringan Marlon, namun jaringan Safuwan Baharudin pada minit ke-80 mengikat pelawat.
Biarpun seakan selesa berbekal kelebihan jaringan di tempat lawan, Lions XII bermula mula garang meledak gawang ATM menerusi Agu Casmir pada minit ke-27 pada aksi kedua di Stadium MPS. Marlon sekali lagi menjadi wira menyelamat maruah ATM menerusi
jaringan masa kecederaan pada minit ke-92 untuk membawa kepada perlawanan masa tambahan.
Selepas 120 minit berakhir penentuan sepakkan penalti nyata menjadi milik ATM apabila memenangi perlawanan dengan 5-4.
ATM selangkah menutup musim cemerlang mereka pada saingan Liga Malaysia musim ini.
22 Mohd Farizal Harun | Simpanan |
2 K Reuben | 1 Mohamad Hafizuddin Azuhar |
7 Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak | 24 Amirizwan Taj Tajuddin |
14 Mohd Azmi Muslim | 3 Muhammad Aizuddin Ismail |
21 Irwan Fadzli Idrus | 4 Suhhaimi Ishak |
23 Rezal Zambery Yahya | 5 A Varanthan |
10 Bruno Martelotto | 17 Venice Elphi Dannykaya |
6 Danial Fadzly Abdullah | 19 D Christie Jayaseelan |
8 Mohd Zaquan Adha | 18 Mohd Fitri Omar |
20 Hairuddin Omar (ketua pasukan) | |
9 Marlon Alex James |
0 ulasan: on "Final Piala Malaysia : ATM selangkah cipta sejarah"
Catat Ulasan