Jelasnya, ganjaran lumayan belum pasti akan membawa kejayaan kepada sesebuah pasukan.
“Pemain jangan terlalu fikirkan ganjaran, apabila sudah mencapai kejayaan ia pasti menyusul.
"Mereka perlu buktikan dulu kerana ini adalah peluang pertama kita untuk memenanginya setelah kali terakhir melangkah ke final pada tahun 1966," kata Sathianathan ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Tambah Sathianathan: "Begitu pun, saya akui ganjaran lumayan adalah satu motivasi kepada pemain.
"Tetapi, pemain harus ingat ganjaran akan dapat sekiranya kita juara.
"Jadi, jangan fikirkan ganjaran dulu sebaliknya beraksi bersungguh-sungguh agar hasrat para penyokong The Army untuk melihat Piala Malaysia berada di ATM akan tercapai," jelasnya lagi.
Pada masa sama, Sathianathan turut menolak andaian yang mengatakan pasukan bimbingannya mempunyai peluang cerah untuk muncul juara Piala Malaysia pada tahun ini berdasarkan rekod beliau yang pernah membimbing Kelantan muncul juara pada 2010.
"Kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang cerah namun saya lebih melihat pasukan yang tidak begitu tertekan dan kurang melakukan kesilapan pada perlawanan akhir nanti akan muncul juara.
"Jadi, saya berharap para pemain tidak melakukan kesilapan mudah kerana ia akan mengundang padah," kata bekas jurulatih kelantan itu.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada sokongan padu penyokong Kelantan akan memberi tekanan mental kepada anak buahnya, Sathianathan bagaimanapun menyifatkan para pemainnya sudah biasa dengan situasi tersebut.
"Bagi saya, ia tidak mengundang tekanan kepada pemain, mereka semuanya sudah tahu bagaimanana untuk mengawal keadaan tersebut.
"Di samping itu, saya turut berharap penyokong ATM akan membanjiri stadium bagi memberi sokongan kerana ia akan menyemarakkan lagi semangat para pemain bagi mencari kemenangan," jelas beliau.
0 ulasan: on "Final Piala Malaysia : Sathia - ATM Jangan fikirkan ganjaran"
Catat Ulasan