Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 17 Oktober 2012

ATM : Filipina minta Malaysia tempatkan tentera

MANILA - Malaysia mungkin menjadi negara kedua selepas Amerika Syarikat (AS) yang dibenarkan menempatkan pasukan tenteranya di Filipina berikutan permintaan Presiden Benigno Aquino III sendiri supaya dimeterai Perjanjian Pasukan Pelawat (VFA) antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, permintaan itu disampaikan Presiden Aquino III kepada beliau dalam mesyuarat hubungan dua hala yang turut melibatkan menteri-menteri dan pegawai kedua-dua negara di Istana Malacanang di sini pagi semalam.

Menurutnya, Presiden Filipina itu meminta supaya kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Tentera Filipina dikembangkan lagi menerusi cadangan memeterai perjanjian VFA tersebut.

"VFA ini adalah bagi menentukan bentuk kerjasama. Beberapa aspek perundangan perlu dibincangkan. Pada masa ini mereka telah ada VFA dengan AS, kalau dibuat dengan kita, Malaysia akan menjadi negara kedua," katanya kepada wartawan Malaysia selepas Majlis Mesra Bersama Rakyat Malaysia di sebuah hotel lain di sini malam tadi.

Hadir sama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Perdana Menteri berada di sini bagi lawatan rasmi tiga hari termasuk menyaksikan upacara menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro antara kerajaan Filipina dan MILF di Istana Malacanang semalam. Beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas pulang ke tanah air pagi ini.

Pada 1998, Filipina dan AS menandatangani VFA dan tiga tahun kemudian AS telah menempatkan ratusan anggota tenteranya di Mindanao.

Ketika ini, kerjasama ketenteraan antara Malaysia dan Filipina adalah menerusi Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) di Mindanao. IMT kini terdiri daripada 54 anggota tentera dengan 19 daripadanya adalah dari Malaysia dan selebihnya Brunei, Indonesia, Jepun, England serta Norway.

Komandan pertama IMT ketika awal penubuhannya pada 2004 adalah Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin, yang kini merupakan Panglima Tentera Darat.

Ditanya mengenai kedudukan dan peranan IMT selepas Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro ditandatangani semalam, Perdana Menteri menjelaskan, perkara itu antara yang dibincangkan dalam pertemuannya dengan Presiden Aquino III semalam.

Menurutnya, perincian mengenai perkara tersebut akan dibincangkan dalam Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) yang dipengerusikan Menteri Luar kedua-dua negara.

Dalam pada itu, mengenai kerjasama ekonomi, Najib berkata, kedua-dua negara berharap ia dapat ditingkatkan memandangkan ketika ini walaupun perdagangan dua hala sedang berkembang tetapi nilai pelaburannya tidak begitu tinggi.

"Kita berharap dengan hubungan baik yang terjalin ia dapat ditingkatkan. Melalui peranan Malaysia dalam menentukan perjanjian damai di selatan Filipina, maka Malaysia mendapat perhatian dan sambutan yang lebih positif dalam konteks hubungan dua hala," katanya.

Tambah beliau, dalam konteks pembangunan ekonomi di Mindanao, kedua-dua pihak bersetuju supaya risiko pelaburan dikurangkan iaitu dengan memastikan keamanan dicapai di wilayah tersebut sebagai suatu jaminan kepada bakal pelabur.

Sementara itu, Perdana Menteri memberitahu, dalam perjumpaan semalam beliau telah mengundang Presiden Aquino III mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "ATM : Filipina minta Malaysia tempatkan tentera"

Catat Ulasan