Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 17 Oktober 2012

Sukan : 60,000 tiket final Piala Malaysia

SHAH ALAM - Atas faktor keselamatan, hanya 60,000 akan diperuntukkan kepada penyokong Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam.

Jumlah tiket itu diputuskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), Datuk Hamidin Mohd. Amin pada sidang media Mesyuarat Pengelola Perlawanan Akhir Piala Malaysia, semalam.

''Setiap pasukan akan memperoleh 30,000 tiket dengan jumlah secara keseluruhan tiket yang akan dicetak adalah 60,000.

''Ini jumlah maksimum yang dapat diberikan oleh FAM memandangkan kami perlu meletakkan zon penampan antara penyokong atas faktor keselamatan.

''Tiada cetakan tambahan akan dilakukan walaupun terdapat permintaan mana-mana pasukan kerana itu sahaja jumlah maksimum yang dilihat munasabah.

''Jika ada lebihan iaitu ada tiket yang diperuntukkan kepada mana-mana pasukan tidak dihabis dijual, tiket-tiket terbabit akan dijual di perkarangan Stadium Shah Alam mulai hari Khamis (esok), sehingga hari perlawanan mulai sembilan pagi hingga tujuh petang, tiket ini terbuka dibeli oleh mana-mana penyokong. 

''Harga tiket perlawanan akhir kekal seperti yang pernah diberitahu pada awal musim iaitu RM40 manakala kanak-kanak adalah RM5," katanya.

Turut hadir pada sidang media iaitu Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, Naib Presiden FAM, Datuk Affendi Hamzah, Setiausaha Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera, Kolonel Abdul Rani Abdul Rahim dan Setiausaha Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Azman Ibrahim.

Peruntukkan 30,000 tiket setiap pasukan itu dijangka bakal memberikan sedikit masalah kepada The Red Warriors memandangkan mereka mempunyai begitu ramai penyokong berbanding ATM.

ATM bakal menjadi tuan rumah sementara Kelantan akan bertandang selaku pasukan pelawat pada perlawanan akhir berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang juga Ahli Jawatankuasa Keselamatan FAM, Datuk Wira Salleh Mat Rashid, menjelaskan tahap keselamatan dalam kawasan stadium akan dipertingkatkan dengan pemasangan kamera di tempat duduk penonton.

''Kawalan keselamatan kali ini lebih ketat dengan pihak polis akan memasang kamera bagi merakamkan segala tindak-tanduk penyokong semasa di dalam stadium.

''Cara ini adalah usaha terbaru mengawal keselamatan sebelum dan semasa perlawanan berlangsung, kami telah memulakannya pada perlawanan antara Selangor dan Kelantan baru-baru ini dan ada penangkapan yang telah dibuat.

''Pasukan keselamatan juga akan diperkuatkan dengan kira-kira 1,000 anggota yang akan mengawal di dalam dan luar stadium," katanya.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Sukan : 60,000 tiket final Piala Malaysia"

Catat Ulasan