Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 17 Oktober 2012

Sukan : 30,000 tiket final Piala Malaysia untuk Kelantan, ATM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengedarkan sebanyak 30,000 keping tiket masing-masing kepada pasukan Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini. 
 
Pengerusi jawatankuasa pengelola perlawanan akhir, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, tiket tersebut akan diedarkan secara berperingkat-peringkat, bermula dengan 10,000 keping tiket diedarkan kepada kedua-dua pasukan pada hari ini. 

"Kita akan menjual baki 20,000 keping lagi tiket sekiranya kedua-dua pasukan mampu menjual tiket-tiket tersebut sebelum hari perlawanan.

"Jawatankuasa Tiket dan Pintu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mula menjual baki tiket yang tidak terjual di Stadium Shah Alam bermula Khamis ini sehingga hari perlawanan bermula pukul 9 pagi sehingga 7 petang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pengelola perlawanan akhir di sini, hari ini. 

Hamidin yang juga Naib Presiden FAM berkata bagi memudahkan penyokong kedua-dua pasukan masuk pada hari perlawanan, penyokong ATM dinasihatkan melalui pintu A, manakala penyokong Kelantan pintu C stadium. 

"Kita berharap penyokong kedua-dua pasukan akan datang awal ke stadium bagi memastikan kelancaran perjalanan pada hari tersebut kerana pintu stadium akan dibuka bermula pukul 4 petang," katanya. 

Pada masa yang sama, Hamidin turut mengingatkan penyokong kedua-dua pasukan agar tidak membawa masuk bahan larangan ke dalam stadium seperti alat tiupan dari Afrika iaitu "vuvuzelam" dan mercun. - BERNAMA
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Sukan : 30,000 tiket final Piala Malaysia untuk Kelantan, ATM"

Catat Ulasan