Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 17 Oktober 2012

Panglima ATM : Pemain tidak harap ganjaran lumayan

Piala Malaysia
Piala Malaysia


 Siaran Langsung TV1, Astro 801 Jam 8.45 malam

SKUAD Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak mengharapkan ganjaran lumayan dalam misi menjulang Piala Malaysia buat pertama kalinya, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Sebaliknya, Zulkifeli, yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera (PBAT), berkata pemain perlu lebih fokus mengejar impian lebih besar daripada ganjaran selepas berjaya menamatkan penantian selama 46 tahun melangkah ke final, Sabtu ini.

Kali terakhir ATM layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia ialah pada 1966 namun tumpas 0-1 kepada Selangor.

"Matlamat terakhir kita musim ini adalah melakar sejarah sendiri iaitu menjadi juara Piala Malaysia menumpaskan Kelantan pada perlawanan akhir nanti.

Kita tidak menjanjikan jumlah ganjaran, namun pemain akan menerima habuan yang setimpal dengan usaha mereka.

 
"Hanya pemain yang tahu bentuk ganjaran yang bakal diterima mereka," katanya kepada pemberita selepas bersama skuad ATM menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  
Zulkifeli berkata, beliau menjunjung kasih kepada Tuanku Abdul Halim, yang merupakan Pemerintah Tertinggi ATM, kerana berkenan menerima kunjungan 16 pegawai dan 27 pemain pasukan ATM.


Sebelum ini, Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa mengumumkan setiap pemain The Red Warriors akan diberikan ganjaran satu lot tanah jika berjaya menjulang Piala Malaysia.

Setiap lot tanah tersebut bernilai antara RM60,000 hingga RM80,000 dengan kos keseluruhan berjumlah hampir RM2 juta.

Jurulatih ATM B. Sathianathan juga percaya anak didiknya tidak terlalu memikirkan soal ganjaran kerana apa yang penting adalah untuk memburu kejuaraan sulung mereka pada piala berprestij itu.

"Fokus kita dalam baki tiga hari sebelum perlawanan akhir adalah memperbaiki kelemahan yang ada termasuk persediaan dari segi mental kerana bukan mudah mengalahkan pasukan kuat seperti Kelantan," katanya.

Sementara itu, penyerang ATM Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak melahirkan rasa bertuah kerana dapat menghadap Yang di-Pertuan Agong dan berharap 'limpah kurnia dan perkenan' daripada baginda, ATM mampu muncul juara Piala Malaysia musim ini.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Panglima ATM : Pemain tidak harap ganjaran lumayan"

Catat Ulasan