Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 17 Jun 2011

Putera Mahkota Abu Dhabi kagum

Putera Mahkota Abu Dhabi Lawat Malaysia Jumaat

KUALA LUMPUR 17 Jun - Kemajuan Malaysia berjaya menggamit Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan, apabila beliau menghabiskan masa kira-kira 30 minit meninjau kepesatan ibu kota dari tingkat 86 Menara Berkembar Petronas.

Beliau yang diiring Perdana Menteri ketika melawat mercu tanda negara itu dilihat cukup teruja dengan kemajuan Malaysia, apabila khusyuk mendengar penerangan tentang menara berkembar tersebut.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas.

Selesai mendengar sesi taklimat, mereka kemudiannya menikmati jamuan makan tengah hari di Kelab Petroleum Malaysia yang terletak di tingkat 42, sebelum beredar menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Putera Mahkota Abu Dhabi kagum"

Catat Ulasan