Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 17 Jun 2011

JEN TAN SRI DATO’ SRI ZULKIFELI BIN MOHD ZIN AMBIL ALIH PUCUK PIMPINAN ATM

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah mengambilalih pucuk pimpinan Angkatan Tentera Malaysia dari Jen Tan Sri Dato’ Sri Azizan Ariffin TUDM yang akan bersara pada 24 Okt 2011. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin mengambilalih berkuatkuasa 15 jun 2011 dan merupakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang ke 18.

Dalam Majlis Serah Terima Tugas yang telah diadakan di auditorium Kementerian Pertahanan pada 15 Jun 2011, penyerahan tongkat kuasa Panglima Angkatan Tentera telah disaksikan oleh YB Menteri Pertahanan, YB Timbalan Menteri Pertahanan, YBhg Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Pegawai-pegawai Kanan ATM dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan serta warga ATM. Sebelum itu, Jen Tan Sri Dato’ Sri Azizan Ariffin TUDM telah berucap buat kali terakhirnya kepada semua lapisan warga ATM sebagai Panglima Angkatan Tentera.

Majlis Serah Terima Tugas di akhiri Jen Tan Sri Dato’ Sri Azizan Ariffin TUDM mengambil tabik hormat terakhirnya sebelum diiringi keluar meninggalkan Wisma Pertahanan dalam upacara ‘Street Lining’. Warga ATM mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada beliau.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "JEN TAN SRI DATO’ SRI ZULKIFELI BIN MOHD ZIN AMBIL ALIH PUCUK PIMPINAN ATM"

Catat Ulasan