|
|
TEHERAN 16 Jun - Iran berjaya melancarkan satelit kedua buatannya, Rassad 1 (Pemerhatian) ke orbit, lapor saluran televisyen berbahasa Arab, al-Alam, semalam.
Iran melancarkan satelit pertamanya yang digelar OMID (Harapan) pada Februari 2009 untuk tujuan kajian dan telekomunikasi.
Rassad 1 telah dilancarkan ke orbit sejauh 260 kilometer dari bumi menggunakan roket Safir.
Pelancaran tersebut dilihat sebagai satu pencapaian terbesar sempena ulang tahun ke-30 Revolusi Islam 1979.
Iran menyifatkan kejayaan program angkasa lepasnya itu menjadi kebanggaan rakyat.
Satelit itu akan digunakan untuk memancarkan imej dan untuk perkhidmatan ramalan kaji cuaca. - Reuters
0 ulasan: on "Iran berjaya lancar satelit kedua"
Catat Ulasan