Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 17 Jun 2011

Bersih: ATM sedia bantu polis

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR


KUALA LUMPUR 17 Jun – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menggerakkan anggotanya di sekitar ibu kota bagi mengawal ketenteraman awam pada perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Kedua (Bersih 2) yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, bagaimanapun tindakan itu akan dipertimbangkan sekiranya terdapat permintaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita ada public order manual, yang menetapkan bahawa ATM adalah pihak berwajib untuk membantu apabila diminta oleh PDRM melalui saluran tertentu.

“Ada prosedurnya dan sudah tentunya kita sedia bekerjasama dengan PDRM apabila keadaan memerlukan sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Perbarisan Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera di Kem Tentera Darat Sungai Besi di sini, hari ini.

Zulkifeli diminta mengulas persediaan ATM bagi sebarang kemungkinan digerakkan menghadapi demonstrasi jalanan Bersih 2 pada 9 Julai nanti seperti dirancang pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Setakat ini, lebih 400 laporan polis telah dibuat pelbagai pertubuhan di seluruh negara bagi membantah perhimpunan itu antaranya kerana bimbangkan keselamatan diri serta perniagaan mereka.

Panglima Angkatan Tentera itu menambah, ATM sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan di kawasan bandar sungguhpun kawasan itu di bawah bidang kuasa PDRM.

“Kita (ATM) sentiasa melakukan latihan bersama dengan pihak PDRM secara berterusan supaya keupayaan kita itu sentiasa wujud,” tegasnya.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Bersih: ATM sedia bantu polis"

Catat Ulasan