Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 16 Jun 2011

Putera Mahkota Abu Dhabi Tiba Untuk Lawatan Rasmi

Putera Mahkota Abu Dhabi Lawat Malaysia Jumaat

KUALA LUMPUR – Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Agung Komander Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jeneral Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan akan melakukan lawatan rasmi ke Malaysia Jumaat.

Kenyataan Kementerian Luar pada Khamis berkata Sheikh Mohammed akan diiringi delegasi terdiri daripada pegawai kanan kerajaan.

Pada lawatan itu, Sheikh Mohammed dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malaysia yakin lawatan itu akan mengukuhkan hubungan erat sedia ada antara kedua negara, kata kenyataan itu.

Pelaburan dan perdagangan antara Malaysia dan UAE menyaksikan pertumbuhan memberangsangkan sejak beberapa tahun lepas.

Pada 2010, UAE merupakan rakan dagang terbesar Malaysia di timur tengah dengan jumlah perdagangan sebanyak RM19.80 bilion (US$6.10 bilion) berbanding RM16.10 bilion (US$4.60 bilion) pada 2009.

Dari segi pelaburan, antara syarikat UAE yang terlibat dalam pelaburan di Malaysia ialah Mubadala Development Company (MDC).

Di samping itu, lawatan itu akan memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk mengadakan perbincangan dua hala mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama, kata kenyataan itu. – BERNAMA


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Putera Mahkota Abu Dhabi Tiba Untuk Lawatan Rasmi"

Catat Ulasan