Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 14 Jun 2011

Janji laksana tanggungjawab

Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan Zulkifeli Mohd. Zin (kiri) membetulkan pemakaian pangkat kepada Zulkifli Zainal Abidin pada Majlis Serah Tugas Panglima Tentera Darat di Kementerian Pertahanan, semalam.

KUALA LUMPUR 14 Jun - Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Zulkifli Zainal Abidin dinaikkan pangkat sebagai Jeneral sekali gus dilantik sebagai Panglima Tentera Darat yang baharu menggantikan Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkuat kuasa hari ini.

Dalam ucapan sulungnya selaku Panglima, Zulkifli berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan kepercayaan yang diamanahkan untuk memimpin Tentera Darat sebaik-baiknya demi mempertahankan kedaulatan negara.

"Saya menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kerana memperkenankan penganugerahan pangkat. Terima kasih juga kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana memberi kepercayaan.

"Saya memperbaharui komitmen Tentera Darat dengan melafazkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Kami juga akan terus mendukung pelan transformasi kerajaan melalui penglibatan pragmatik dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)," katanya.

Upacara pemakaian pangkat itu disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang turut menyaksikan beliau menerima dokumen penyerahan tugas daripada Zulkifeli yang bakal dilantik sebagai Panglima ATM yang baru menggantikan Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Zulkifli merupakan anak kelahiran Taiping yang dibesarkan di Lenggong, Perak. Bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu pernah mengikuti lebih 25 kursus ketenteraan dan awam termasuk di Australia, Amerika Syarikat, England dan New Zealand.

Mengenai tugas baharunya itu, beliau mengakui ia dipenuhi cabaran berliku yang memerlukan integriti, pengorbanan serta kesatuan seluruh anggota bagi membawa Tentera Darat menjadi lebih berwibawa dan unggul.

"Sebagai perkhidmatan terbesar dalam ATM, Tentera Darat perlu menggembleng usaha bagi bertindak sebagai ejen perubahan untuk kerajaan," katanya.

"Ia juga memerlukan kepimpinan jitu serta angkatan yang berwibawa serta versatil bagi menangani ancaman tradisional dan moden. Itu merupakan iltizam saya selain mahu merakyatkan Tentera Darat bagi memenuhi aspirasi masyarakat," ujarnya.

Sementara itu, Ahmad Zahid ketika mengulas pelantikan tersebut awal-awal lagi memberi ingatan betapa tugas dipikul Zulkifli merupakan amanah yang memerlukan sifat tanggungjawab yang tinggi.

"Ia bukan mudah kerana tugas Tentera Darat hari ini bukan setakat mempertahankan kedaulatan negara malah perlu pertahanan menyeluruh (hanruh) dengan memberi komitmen kepada pembangunan negara melalui bantuan kemudahan kepada rakyat keseluruhannya," katanya.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Janji laksana tanggungjawab"

Catat Ulasan