Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 17 Jun 2011

Weiner ditawar kerja oleh penerbit filem lucah


Anthony Weiner


LOS ANGELES 17 Jun - Penerbit filem lucah, Larry Flynt menawarkan pekerjaan kepada bekas ahli Kongres daripada Parti Demokrat, Anthony Weiner yang meletakkan jawatan semalam selepas skandal hubungannya dengan beberapa orang wanita di Internet terbongkar.

Katanya, dia sanggup membayar Weiner 20 peratus lebih tinggi berbanding gaji yang diperoleh bekas ahli kongres itu di dalam Kongres.

"Selepas peletakan jawatan anda, saya berminat untuk menawarkan anda bekerja dengan Kumpulan Pengurusan Flynt.

"Tawaran ini bukan suatu jenaka, ia menunjukkan keikhlasan kami dan anda akan dibayar 20 peratus lebih tinggi berbanding yang diperoleh dalam Dewan Perwakilan," katanya menerusi surat yang ditulis kepada Weiner.

Tambahnya, peletakan jawatan tersebut menunjukkan tekanan yang tidak berasas dalam arena politik serta kepura-puraan demokrasi di Washington.

Sementara itu, Weiner, 46, meminta maaf atas kelakuannya yang memalukan.

"Saya berharap akan terus berkhidmat kepada masyarakat yang memilih saya.

"Malangnya, disebabkan perlakuan sendiri, saya terpaksa meletakkan jawatan sebagai anggota Kongres," katanya.

Sementara itu, ketika bekas anggota Kongres tersebut mengumumkan pengundurannya di sebuah pusat warga tua di New York, orang ramai yang menyaksikannya bersorak sambil melaungkan 'Selamat Tinggal Si Pelaku Sumbang' dan ada yang menunjukkan isyarat lucah. - AFP


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Weiner ditawar kerja oleh penerbit filem lucah"

Catat Ulasan