Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 16 Jun 2011

Zulkifeli mulakan tugas Panglima ATM


ZULKIFELI Mohd. Zin memeriksa perbarisan ketika memulakan tugasnya pada hari pertama sebagai Panglima Angkatan Tentera di Kementerian Pertahanan, semalam.


KUALA LUMPUR 16 Jun - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin hari ini memulakan tugas secara rasmi sebagai pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baru.

Beliau yang mengambil alih kepimpinan daripada Jeneral (B) Tan Sri Azizan Ariffin ialah Panglima ATM yang ke-18.

Zulkifeli tiba di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan pada pukul 8 pagi ini dengan disambut oleh Pasukan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Beliau kemudiannya menerima tabik hormat daripada pasukan pancaragam tersebut sebelum memeriksa perbarisan.

Selepas upacara tabik hormat, Zulkifeli mula memasuki pejabatnya sambil diiringi doa yang dibacakan oleh Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat), Brigedier Jeneral Mustafa Abdul Manap bagi memulakan tugas barunya.

Zulkifeli yang dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 14 Jun 1954 mula menyertai Tentera Darat pada 1974 dengan memakai pangkat Leftenan Muda setelah menamatkan pengajian di Akademi Tentera Diraja (RMA) Sandhurst di Surrey, England.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam memimpin ketiga-ketiga cabang pasukan tentera iaitu darat, udara serta laut termasuk ketika menjadi Komander Tim Pemantau Antarabangsa ATM di Mindanao, Filipina dari Oktober 2004 hingga Ogos 2005.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Zulkifeli mulakan tugas Panglima ATM"

Catat Ulasan