Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 17 Jun 2011

Akhirnya Ahli Kongres Amerika Anthony Weiner Letak Jawatan

NEW YORK: Akhirnya ahli kongres Amerika dari Parti Demokrat, Anthony Weiner yang mengirim aksi-aksi lucah dan berbaur seks kepada para wanita melalui laman web dan juga sms telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa serta merta.

Beliau juga turut memohon maaf kepada seluruh rakyat Amerika, mereka yang pernah menerima gambar-gambarnya dan juga ahli parti di atas kekecohan yang ditimbulkannya.

Ahli kongres berusia 46 tahun itu yang sebelum skandal ini meletus dilihat sebagai calon berpotensi Demokrat untuk jawatan Datuk Bandar New York menyifatkan apa yang berlaku adalah kesilapan peribadi yang tidak seharus dilakukannya.

Beliau sebelum ini telah menerima tekanan daripada pemimpin-pemimpin parti termasuk Presiden Barack Obama sendiri agar meletakkan jawatan sebagai jalan penyelesaian kepada kemelut yang dicetuskannya itu.

Pemimpin Parti Demokratik di dalam dewan, Nancy Pelosi, yang merupakan antara mereka yang paling awal mendesak Weiner agar melepaskan jawatannya berkata, ahli kongres itu telah melakukan satu tindakan yang betul dengan meletakkan jawatan.

Keengganan Weiner pada mulanya untuk melepaskan jawatannya telah mencetuskan kebimbangan di kalangan pemimpin parti bahawa ia akan mencalarkan imej Parti Demokrat yang akan menghadapi pilihan raya presiden dan juga kongres tahun hadapan.

Selepas berbohong dengan mangatakan yang gambarnya di dalam internet itu adalah palsu dan perbuatan pengodam, dia akhirnya mengadu dalam satu sidang akhbar yang disiarkan di seluruh negara bahawa gambar-gambar lucah dan aksi berbaur seks yang dikirimkannya kepada beberapa wanita yang tidak dia kenali adalah dirinya.

Isteri Weiner, Huma Abedin adalah salah seorang pembantu kepada Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton.

"Saya hanya boleh berkata satu perkara sahaja...jika itulah saya, saya pasti akan meletakkan jawatan," kata Presiden Obama pada Rancangan NBC "Today" pada Selasa merujuk kepada skandal Weiner itu - sekaligus memberi indikasi yang kerjaya ahli politik muda itu sudah berakhir.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Akhirnya Ahli Kongres Amerika Anthony Weiner Letak Jawatan"

Catat Ulasan