Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 14 Jun 2011

Zulkifeli Panglima ATM Ke-18

Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dilantik secara rasmi sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu berkuat kuasa Khamis ini, menggantikan Jeneral Tan Sri Azizan Arifin yang bersara wajib hari Rabu.

KUALA LUMPUR 14 Jun - Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dilantik secara rasmi sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu berkuat kuasa Khamis ini.

Ketika mengesahkan perkara itu, beliau memberitahu, pelantikannya telah disokong oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah disyorkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

"Insya-Allah, saya akan mengambil-alih tampuk kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada Jeneral Tan Sri Azizan Arifin lusa sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-18.

"Saya mengucap setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas penghijrahan ini dan saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana telah merestui jawatan baharu saya ini," katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia pada majlis perpisahannya sebagai Panglima Tentera Darat di Kem Sungai Besi, di sini hari ini.

Zulkifeli kemudiannya turut menghadiri acara pemakaian pangkat timbalannya, Leftenan Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin yang dinaikkan kepada Jeneral, sekali gus mengambil-alih tampuk pemerintahan Tentera Darat sebagai ketumbukan yang mempunyai paling ramai anggota dalam ATM.

Zulkifeli yang dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 14 Jun 1954, mula menyertai Tentera Darat pada 1974 dengan memakai pangkat Leftenan Muda setelah menamatkan pengajian di Akademi Tentera Diraja (RMA) Sandhurst di Surrey, England.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam memimpin ketiga-ketiga cabang pasukan tentera iaitu darat, udara serta laut termasuk ketika menjadi Komander Tim Pemantau Antarabangsa ATM di Mindanao, Filipina dari Oktober 2004 hingga Ogos 2005.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Zulkifeli Panglima ATM Ke-18"

Catat Ulasan