Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 16 Jun 2011

Tujuh selebriti sertai Wataniah


DR. Ahmad Zahid Hamidi bersama (dari kiri) David Teoh, Mohd. Nor Bung, Shaheizy Sam, Ana Rafali, Siti Nurhaliza, Intan Ladyana, Nurul Hidayah dan Aizat yang menyertai Askar Wataniah di Kementerian Pertahanan, semalam. – UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin


KUALA LUMPUR 16 Jun – Program ‘Merakyatkan Tentera’ yang terkandung di dalam pelan transformasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diperluaskan dengan penyertaan beberapa selebriti terkenal sebagai Askar Wataniah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyertaan selebriti berkenaan termasuk Datuk Siti Nurhaliza, Ana Rafali dan Aizat dijangka dapat menarik lebih banyak penyertaan golongan belia dalam pasukan itu.

Beliau berharap golongan selebriti dapat membantu mempromosikan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh ATM sama ada ketika berlaku peperangan atau dalam keadaan aman.

“Ia penting kerana sejarah membuktikan banyak negara gagal menterjemahkan tugas angkatan tentera ketika dalam keadaan aman.

“Jadi kami mahu, golongan tersebut membantu menterjemah peranan ATM sekali gus membolehkan rakyat memahami tugas-tugas sebenar yang dilaksanakan oleh angkatan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan borang menyertai Askar Wataniah oleh selebriti terkenal tanah air di sini hari ini.

Selebriti lain yang turut menyertai platun tersebut ialah David Teo; Shaheizy Sam; Intan Ladyana; Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan Mohd. Nor Bung.

Menurut Ahmad Zahid, setakat ini nisbah bagi Askar Wataniah dengan anggota tetap ATM adalah 1:3 dan berharap ia dapat dipertingkatkan.

“Menerusi Strategi Lautan Biru, kami berharap menjelang 2020 nisbah tersebut akan meningkat menjadi seorang Askar Wataniah bersamaan dengan seorang anggota tetap ATM (1:1).

“Apa yang kami lakukan hari ini (penglibatan selebriti) adalah langkah awal menarik lebih banyak penyertaan belia dalam Askar Wataniah yang merupakan lapisan kedua dalam pertahanan negara,” jelasnya.

Sementara itu, Zahid berkata, golongan selebriti tersebut akan menjalani latihan selama 39 jam tidak lama lagi.

Bagaimanapun katanya, masa latihan adalah bergantung kepada jadual mereka kerana khuatir bertindan dengan kesibukan sebagai artis.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Tujuh selebriti sertai Wataniah"

Catat Ulasan