Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 17 Jun 2011

JEN TAN SRI DATO’ SRI ZULKIFELI BIN MOHD ZIN – PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE 18

Angkatan Tentera Malaysia kini di terajui oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Sri ZulkIfeli bin Mohd Zin, yang baru mengambil alih tugas sebagai Panglima Angkatan Tentera yang ke 18 mulai 15 Jun 2011.

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 14 Jun 1954, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin berjaya menamatkan latihan kadet di Royal Military Academy SANDHURST, sebuah institusi latihan ketenteraan yang terkemuka di dunia. Beliau ditauliahkan dalam Rejimen ke 2 Askar Melayu Diraja. Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin merupakan seorang pemimpin yang berpengalaman dan berpengetahuan. Beliau telah menjawat berbagai jawatan di sepanjang kerjaya beliau sebagai seoarang pegawai tentera. Di antara jawatan penting yang pernah beliau sandang ialah Juruarah di Maktab Turus Angkatan Tentera, Pengarah Infantri di Markas Tentera Darat, Komandan Pusat Latihan Tempur Darat (PULADA), Asisten Panglima di Bahagian Perkdimatan Simpanan, Panglima 8 Briged Infantri, Panglima Divisyen ke 3 Infantri dan Panglima Medan Tentera Darat.

Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin juga merupakan seorang pemimpin yang berwibawa dan diberi kepercayaan oleh tampuk pemerintahan ATM untuk menerajui Misi Tim Pemantau Antarabangsa- Mindanao sebagai Komander Tim Pemantau selama hampir setahun pada tahun 2004 hingga 2005semasa berpangkat Mejar Jeneral.

Sebagai seorang pemimpin yang berkaliber, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat pada 2 Jun 2008 sehingga 20 Mei 2010 dan seterusnya menerajui Tentera Darat Malysia sebagai Panglima Tentera Darat mulai 21 Mei 2010 sehingga 14 Jun 2011.

Atas keyakinan yang tinggi terhadap beliau, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang ke 18 mulai 15 Jun 2011. Seluruh warga ATM mengucapkan tahniah di atas perlantikan beliau.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "JEN TAN SRI DATO’ SRI ZULKIFELI BIN MOHD ZIN – PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE 18"

Catat Ulasan