Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 11 November 2010

Pesara tentera kecewa sukar dapat kerja

SAYA adalah bekas tentera yang menamatkan perkhidmatan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ketika dalam perkhidmatan, saya dihantar mengikuti pengajian Diploma Perguruan Malaysia di bawah tajaan ATM.

Selepas menamatkan perkhidmatan bersara, saya memohon untuk memasuki skim Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma tetapi tidak mendapat maklum balas daripada Kementerian Pelajaran. Pada awal tahun ini saya ada memohon jawatan Penolong Pegawai Pertahanan Awam melalui pengambilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia.

Saya dipanggil untuk menjalani ujian kecergasan dan fizikal pada 17 Mei 2010 dan saya lulus ujian berkenaan. Pada 17 Ogos 2010 saya dipanggil pula untuk menjalani temu duga panel oleh SPA bagi lantikan jawatan yang dimohon. Sekali lagi saya berjaya dalam temu duga yang dijalankan SPA.

Apa yang menjadi tanda tanya, SPA ada menghubungi saya untuk memastikan status saya sama ada bersara ataupun tidak.

Mengikut maklumat yang dinyatakan ketika mengisi borang SPA8 ada dinyatakan status saya dan pada temu duga oleh SPA juga saya nyatakan status melalui butiran diri yang dihantar bersama dokumen lain.

Pegawai berkenaan memaklumkan saya tidak boleh dilantik secara tetap kerana status bersara itu dan akan dilantik secara kontrak. Saya sedia menerima apa jua jenis lantikan kerana saya tiada pilihan dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Bagaimanapun SPA sekali lagi memaklumkan bahawa lantikan itu tidak boleh dibuat disebabkan oleh Diploma Perguruan Malaysia yang saya miliki tidak diiktiraf setaraf dengan diploma yang dikeluarkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) oleh JPA. Kelulusan Diploma Perguruan Malaysia hanya boleh dilantik bagi jawatan Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma DGA29.

Pihak Kementerian Pelajaran melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran tidak menawarkan jawatan Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma DGA 29 secara kontrak kepada pesara tentera seperti saya.

Apa yang boleh saya lakukan lagi untuk menjawat sebarang jawatan dalam sektor awam jika kerenah sebegini terpaksa saya lalui.

Berilah sedikit ruang untuk saya sebagai pesara tentera meneruskan kehidupan untuk menyara keluarga. Tersilapkah saya memilih profesion ketenteraan dan berkhidmat sehingga bersara jika begini nasib yang dilalui selepas bersara?

Kepada pihak yang berkaitan tolong teliti permasalahan ini serta mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pesara tentera seperti saya.

CIKGU ASKAR,
Sungai Petani.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pesaratenterakecewasukardapatkerja/Article
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Pesara tentera kecewa sukar dapat kerja"

Catat Ulasan