Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 11 November 2010

Subjek Sejarah dan propaganda

CADANGAN kerajaan supaya mata pelajaran Sejarah menjadi subjek teras dalam sistem pendidikan negara terus menjadi perbincangan utama di akhbar-akhbar Cina. Antaranya seperti yang ditulis oleh Hu Shou di ruangan perbincangan umum akhbar China Press terbitan 4 November lalu.

Artikel itu bertajuk 'Mata pelajaran Sejarah tidak boleh gagal.' Tulis Hu Shou, rakyat Malaysia sudah lama mengabaikan sejarah dan ia bukan kerana dicetuskan semasa Perhimpunan Agung UMNO berlangsung baru-baru ini.

Mewajibkan sejarah sebagai subjek lulus adalah perkara yang sepatutnya. Kita percaya, rakyat Malaysia tidak akan membantah. Tetapi di negara ini terdapat sedikit kelainan yang mana buku-buku Sejarah tidak seperti buku Sejarah.

Pelajar-pelajar yang belajar dalam subjek Sejarah dikategorikan sebagai belajar nota risalah propaganda. Tujuan subjek Sejarah adalah supaya melatih cara pelajar-pelajar berfikir, memahami perhubungan antara manusia, melatih cara murid melihat dunia dengan fikiran terbuka.

Ini supaya mereka dapat belajar daripada kisah-kisah terdahulu sehinggalah sekarang. Sejarah juga adalah subjek yang membolehkan pelajar bertanya dan berbincang sebelum mereka sendiri membuat keputusan menetapkan cerita-cerita yang telah dipelajari itu.

Sejarah tidak ada satu fakta kukuh. Sebab itu pelajar boleh sentiasa mengajukan soalan. Sejarah juga tidak mementingkan kebenaran atau keadilan dalam faktanya. Ia hanya satu proses dalam mempersoal dan bertanya.

Tetapi dalam proses mengajukan soalan dan mengkaji itu, ia bertentangan dengan pendidikan kita yang selama ini tidak memberi peluang seperti itu. Kenapa jadi begitu? Kerana sejarah kita terdapat banyak isu sensitif yang dimonopoli oleh pemerintah. Sebab itu tidak ada bezanya membaca atau tidak membaca buku Sejarah.

Tidak ada masalah untuk menduduki peperiksaan, tetapi untuk membuka minda dan melihat dunia yang lebih luas, itu yang menjadi masalah.

Agak janggal juga subjek Sejarah dikatakan akan memperluaskan lagi cara rakyat Malaysia melihat dunia yang lebih luas. Tetapi kerajaan tidak pula tumpukan kepada mata pelajaran ilmu alam yang berkait rapat antara manusia dan tempat.

Jika pelajar tidak menguasai pelajaran ilmu alam, mereka tidak akan tahu betapa luasnya dunia ini. Tidak belajar ilmu alam boleh diumpamakan seperti katak di bawah tempurung. Bolehkah mereka memahami tamadun kemajuan manusia menerusi kupasan kebaculan sejarah?

''Dalam pendidikan sejarah sepatutnya ada bentuk dan rupa yang sebenar. tetapi di sini ia tidak mungkin boleh berlaku," tulis Hu Shou.

'Terima Kasih Perdana Menteri'

AKHBAR China Press terbitan 7 November lalu pula menyiarkan tulisan Lee Zang mengenai hakikat generasi tua dan muda masyarakat Cina di negara ini. Artikel itu bertajuk 'Terima kasih kepada Perdana Menteri'. Tulis Lee Zang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah membuat kenyataan yang mengharukan masyarakat Cina.

Kenyataan itu berbunyi: ''Masyarakat Cina memainkan peranan penting dalam pembangunan negara ini. Sehinggakan boleh dikatakan, jika tiada masyarakat Cina, negara ini tidak akan mencapai pembangunannya seperti hari ini."

Sebagai anak-anak yang dibesarkan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB), kata-kata ini sangat mengharukan. Ramai generasi tua yang berlinangan air mata dengan ayat ini dan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri.

Generasi tua ini sebenarnya sudah berada pada penghujung jalan dalam kehidupan mereka. Mereka memilih Malaysia sebagai tempat tinggal untuk menghabiskan sisa-sisa hidup mereka dan tidak lagi gusar dengan kerjaya yang mereka lakukan selama ini.

Tetapi anak-anak mereka kebanyakannya berada di luar negara untuk mencari rezeki. Bukan kerana anak-anak mereka tidak cintakan negara ini. Tetapi disebabkan negara ini tidak memberi ruang untuk mereka mengembangkan kerjaya.

Beberapa tahun kebelakangan ini, disebabkan banyak perubahan polisi dalam negara, syarikat-syarikat Malaysia sendiri lari ke luar negara termasuk negara jiran.

Ramai generasi muda mengikut syarikat ini berhijrah dan mengembangkan sayap di luar negara. Model ekonomi hari ini, orang-orang muda tidak mempunyai peluang dan mereka tidak melihat sebarang harapan lagi. Bagaimanapun apabila mereka terbaca kata-kata Perdana Menteri, mereka masih lagi berasa terharu. Mereka sama juga seperti generasi tua, berlinangan air mata sambil berkata: ''Terima kasih wahai Perdana Menteri!'' Jika boleh mereka juga akan mengundi Perdana Menteri.

Belajar dari Galas dan Batu Sapi

KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Parlimen Batu Sapi baru-baru ini dianalisis oleh seorang penulis, Tay Ting Hien. Tulisannya yang bertajuk 'Musim Bunga masih jauh lagi' disiarkan oleh akhbar Sin Chiew Daily keluaran 8 November.

Menurut Ting Hien, kemenangan BN pada pilihan raya kecil itu bukan menunjukkan kekuatan sebenar BN dalam politik. Ia juga bukan kunci utama dalam menentukan agenda negara. Lebih mudah boleh dikatakan BN hanya menggunakan segala kelebihan yang ada dan belajar untuk menang di sesebuah kawasan.

Sebaliknya pakatan pembangkang tidak tahu menggunakan kelebihan di kawasan itu dan tidak mempunyai perancangan yang strategik. Walaupun ramai yang tahu kekuatan BN adalah di kawasan luar bandar, tetapi tiada yang benar-benar mengkaji sikap dan budaya politik masyarakat pedalaman ini.

Mereka tidak mahir dengan agenda negara dan agenda perkauman dan perkara itu langsung tidak menaikkan semangat mereka. Kumpulan pengundi ini lebih cenderung kepada kemesraan dan mahukan sesuatu yang realiti.

Pada pilihan raya yang sebelum ini dari Permatang Pauh sehinggalah ke Bukit Selambau, BN menggunakan taktik memburuk-burukkan pakatan pembangkang dan memainkan isu perkauman. Akhirnya BN kalah kerana isu itu membuatkan rakyat bosan.

Tetapi pada pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi, BN menukar strategi. Mereka mengambil watak seperti dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, melangkah dengan cara dan gaya yang mesra. Dengan itu mereka diterima secara baik. Sudah terbukti, BN kini menemui apa kelebihan sebenar yang mereka miliki.

Tetapi pakatan pembangkang masih menguasai pengundi-pengundi di kawasan bandar. BN masih belum mampu mengatasi rintangan ini. Sebab itu boleh dikatakan 'musim bunga' bagi BN masih jauh lagi.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Subjek Sejarah dan propaganda"

Catat Ulasan