Ingat Terengganu, ingat pantai, ingat nelayan, ingat jeti. Tapi malangnya masih ada jeti nelayan yang uzur, pemandu bot yang miskin di merata-rata tempat di Terengganu dari Merang , Kuala Terengganu sampailah ke Kemaman. Apa sudah jadi Terengganu kite ?
Kisah pemandu bot miskin di Kuala Terengganu http://amkns.blogspot.com/2010/09/nasib-pemandu-bot-miskin-di-kterengganu.html
Kisah jeti nelayan uzur di Kemaman di http://amkns.blogspot.com/2010/08/jeti-nelayan-uzur-di-terengganu-yang.html
Jeti daif
Berita Harian 12 Nov 2010
JETI yang digunakan pengusaha bot untuk ke Pulau Redang dan Lang Tengah.Kemudahan dibina dengan kayu, papan lapis
MERANG: Nasib pengusaha bot pelancong di muara Sungai Merang di sini seperti sudah jatuh ditimpa tangga kerana terpaksa beroperasi dalam prasarana serba daif setelah jeti dibina pihak berkuasa di Pantai Merang untuk membawa pelancong ke pulau peranginan sudah berada di daratan sepenuhnya.
Keadaan itu terjadi apabila jeti bot pelancong dan benteng pemecah ombak di Pantai Merang yang dibina pada 1996 menjadi gajah putih kerana ditimbus pasir menyebabkan pengusaha bot pelancong terpaksa mengeluarkan belanja sendiri membina jeti kayu. Bagaimanapun, berikutan jeti di tapak baru itu hanya menggunakan kayu dan papan lapis, pengusaha sedar ia boleh menimbulkan isu keselamatan, tetapi apakan daya kerana mereka dilarang membina jeti kekal.
Demi mencari rezeki dan memenuhi permintaan pelancong yang tidak mempunyai pilihan untuk bercuti di Pulau Redang dan Lang Tengah, jeti kayu dialas papan lapis itu terpaksa digunakan sebagai penghubung ke feri.
Pengusaha bot pelancong, Ya Salleh, 58, berkata permohonan agar kerajaan negeri dan agensi kerajaan terbabit dalam sektor pelancongan membina jeti baru bagi menggantikan jeti kayu sudah beberapa kali dikemukakan, tetapi sehingga kini tiada maklum balas diterima.
Katanya, kerajaan negeri sudah membuat pengambilan balik tanah di sekitar kawasan itu sejak tahun 2007 untuk menjadikan Merang sebagai pintu masuk utama ke Pulau Redang.
"Mengikut perancangan awal sebelum pengambilan balik tanah dilakukan, kerajaan negeri bercadang membina ruang kedai, kaunter jualan tiket feri dan jeti serta kawasan tempat letak kereta.
"Tetapi selepas tiga tahun tanah diambil balik kerajaan, tiada sebarang projek dilaksanakan walaupun semua penduduk iaitu pemilik tanah bersetuju menjual tanah sebagai menyokong hasrat kerajaan," katanya.
Tinjauan Berita Harian mendapati pemandangan lebih 25 batang titi kayu di sepanjang tebing Sungai Merang yang dijadikan jeti jika terus dibiarkan boleh mencemarkan imej Terengganu yang sememangnya tersohor sebagai destinasi pelancongan pulau pilihan bagi parawisata tempatan dan asing.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Batu Rakit, Khazan Che Mat, berkata permohonan peruntukan untuk melaksanakan projek pembinaan jeti baru bagi memberi keselesaan pelancong sudah dikemukakan kepada kerajaan Pusat.
Katanya, kerajaan negeri sudah menyediakan tempat untuk dijadikan tapak untuk pembinaan jeti yang lebih luas dan mampu menampung lebih 10 feri.
"Kerja-kerja pengambilan balik tanah penduduk kampung sudah diselesaikan oleh kerajaan negeri, tetapi kita sendiri pun tidak tahu status terkini, termasuk keputusan permohonan peruntukan bagi pembinaan jeti baru," katanya.
Selain itu, Khazan berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan lebih RM2 juta setahun untuk kerja-kerja mengorek pasir di muara Sungai Merang bagi membolehkan feri keluar dan masuk mengambil serta menurunkan penumpang.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Jetidaif/Article
0 ulasan: on "Jeti daif dan uzur di Terengganu"
Catat Ulasan