Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 11 November 2010

TUDM siap siaga hadapi ancaman


Bashir Abu Bakar bersama isteri, Datin Seri Maimun Muhammad diarak menaiki pesawat F5F sebelum meninggalkan Pangkalan Udara TUDM pada majlis perbarisan sempena persaraannya, semalam.


KUANTAN 11 Nov. - Bekas Timbalan Panglima Tentera Udara, Datuk Seri Bashir Abu Bakar meminta semua anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sentiasa bersiap siaga menangkis sebarang ancaman dalam menjamin keselamatan negara.

Tegasnya, untuk sentiasa bersedia setiap warga TUDM perlu menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam menjaga keamanan negara.

"Sifat itu penting kerana ia dapat melahirkan anggota berpengetahuan tinggi untuk cemerlang di mata dunia.

"Saya harap anggota TUDM akan terus berjaya pada masa depan dan menjaga keamanan negara dengan penuh ikhlas," katanya semasa berucap pada majlis perbarisan persaraan beliau di Pangkalan TUDM Kuantan di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau diarak dengan menaiki pesawat jenis F-5F dengan diiringi oleh kira-kira 150 anggota dan pegawai TUDM.

Dalam majlis sama juga, sebanyak enam pesawat melakukan lintas hormat termasuk jenis MiG-29N, Sukhoi SU-30MKM dan Hawk.

Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Roslan Saad dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Udara yang baru berkuat kuasa 4 November lalu bagi menggantikan Bashir yang bersara wajib.

Bashir yang memegang jawatan itu sejak Ogos lalu bersara wajib setelah menabur bakti dalam TUDM selama 38 tahun.

Beliau pernah dilantik menjadi Timbalan Panglima Tentera Udara pada 2006 sebelum dilantik memegang jawatan Panglima Operasi Udara.

Roslan pula berkhidmat dengan TUDM sejak 1975 sebelum dilantik menjadi Panglima Operasi Udara pada Ogos lalu.

Menurut Bashir, pertahanan negara tidak bergantung kepada teknologi tinggi semata-mata tetapi perlu menekankan kekuatan modal insan yang terlatih dan cergas.

"Saya harap TUDM menjadi barisan paling hadapan dalam mempertahankan negara ke tahap yang lebih cemerlang," jelasnya.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "TUDM siap siaga hadapi ancaman"

Catat Ulasan