Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 5 Julai 2011

Bersih : ATM bersedia

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR

KUALA LUMPUR 4 Julai - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menyatakan kesediaan untuk mengambil-alih tugas mengawal keamanan negara sekiranya Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan perintah darurat ekoran rancangan perhimpunan haram Bersih Sabtu ini.

Kesediaan itu selari dengan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan kuasa Seri Paduka bagi memastikan negara terus stabil dan bebas daripada sebarang unsur subversif serta kesetiaan ATM terhadap baginda.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ATM bagaimanapun setakat ini percaya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mampu memelihara keselamatan negara di sebalik rancangan para penggerak perhimpunan haram itu.

"Kami mempunyai kuasa terhad dan akan hanya bertindak jika Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat, baru kami ambil-alih tugas mengawal keamanan negara.

"Tetapi setakat ini saya harap tidak ada perintah darurat yang menyebabkan kami mengambil alih tugas itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan latihan ketenteraan anggota Platun Seni Askar Wataniah yang kebanyakannya disertai oleh artis tempatan di sini, hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas persediaan ATM bagi menghadapi sebarang kemungkinan dalam perhimpunan haram yang dirancang secara besar-besaran antaranya oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Sabtu ini.

Ahmad Zahid juga memberitahu, rakyat perlu mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong semalam supaya tidak menyertai mana-mana perhimpunan haram pada Sabtu ini bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengakui ATM bersiap siaga menghadapi kemungkinan pada setiap masa.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Bersih : ATM bersedia"

Catat Ulasan