Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 7 Julai 2011

Bersih : Iktibar rakyat Thai akibat demonstrasi jalanan

TITAH Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini sarat dengan nasihat yang berketepatan dengan senario politik semasa.

Apabila Tuanku Mizan bertitah supaya pelaksanaan proses tuntutan demokrasi janganlah sehingga mengakibatkan kemusnahan kepada negara, sepatutnya semua rakyat Malaysia mengambil berat titah Tuanku itu.

Sukar untuk menafikan bahawa demonstrasi jalanan lebih banyak membawa kemudaratan berbanding dengan kebaikan dalam segala hal termasuk ekonomi, sosial, kebudayaan dan juga keselamatan. Apabila Tuanku menitah supaya rakyat tidak terikut-ikut dengan amalan negara lain yang telah menjadikan demonstrasi jalanan sebagai sebahagian budaya hidup mereka, maka apa yang telah berlaku terhadap jiran terdekat Malaysia iaitu Thailand sepatutnya dijadikan iktibar dan pengajaran.

Sepanjang 78 tahun perjalanan demokrasi Thailand, Negara Gajah Putih itu telah melalui sebanyak 18 peristiwa rampasan tentera dan perubahan terhadap struktur Perlembagaan Thai. Demonstrasi jalanan tidak terkira banyaknya dan tidak keterlaluan jika dikatakan demonstrasi jalanan dan demokrasi ala Thai adalah sinonim di antara kedua-duanya.

Mereka yang berada di luar menilai apa yang berlaku di Thailand adalah satu proses demokrasi yang subur kerana setiap rakyat berhak menyuarakan pendapat mereka. Tetapi sebenarnya rakyat Thailand sudah begitu bosan dan jelik dengan rampasan tentera dan demonstrasi jalanan kerana ia telah merosakkan ekonomi negara mereka.

Paling terkini bermula dari rampasan kuasa tentera pada tahun 2006 yang telah menumbangkan kerajaan Thaksin Shinawatra sehinggalah kepada pilihan raya pada 3 Julai (Ahad) lepas, rakyat Thai telah melalui proses yang paling menyeksakan akibat pertembungan kumpulan yang mempunyai ideologi politik yang berbeza. Bayangkan kekalutan politik Thai yang telah menyaksikan lima Perdana Menteri yang berbeza dalam masa lima tahun tersebut.

Apabila Pheu Thai memenangi 265 kerusi daripada keseluruhan 500 kerusi Parlimen dalam pilihan raya yang baru selesai, ramai rakyat Thai merasa lega dan menaruh harapan tinggi kerana menanggap keputusan pilihan raya boleh dijadikan sebagai pemangkin kepada keadaan yang lebih stabil.

Pemimpin Pheu Thai iaitu Yingluck Shinawatra yang kemungkinan besar akan dilantik menjadi Perdana Menteri telah berjanji akan menjadikan proses penyatuan rakyat sebagai agenda utama beliau.

Semenjak rampasan kuasa tahun 2006, rakyat Thai telah menyaksikan beberapa pertembungan melalui demonstrasi jalanan di antara kumpulan yang menyokong dan menentang Thaksin sehingga telah melumpuhkan ekonomi Thailand. Demonstrasi jalanan yang paling ketara meninggalkan parut berlaku pada bulan November 2008 yang mengakibatkan lapangan terbang Suvarnabhumi lumpuh dan ditutup. Begitu juga dengan demonstrasi jalanan pada bulan April 2010 yang mengakibatkan 90 terkorban adalah antara yang terburuk berlaku di ibu kota Bangkok.

Rakyat Thai mengharapkan rasa kebencian yang disemai oleh ahli politik yang bertentangan dapat dihapuskan melalui pilihan raya yang telah disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat Thai tidak kira rakyat miskin di utara Thailand, pengundi elit Bangkok sehinggalah kepada rakyat di kawasan konflik selatan Thailand.

Sebenarnya kebanyakan rakyat Thai tidak peduli sangat parti mana yang akan memenangi pilihan raya asalkan parti yang menang mempunyai majoriti yang kukuh. Tidak menjadi masalah jika Parti Demokrat memenangi pilihan raya dan kekal membentuk kerajaan dengan Abhisit Vejjajiva sebagai Perdana Menteri. Ini adalah kerana rakyat Thai begitu dahagakan kestabilan dan senario ini akan hanya tercapai jika kerajaan yang dibentuk mempunyai mandat yang kuat. Kemenangan besar Pheu Thai dianggap sebagai rahmat oleh rakyat negara itu kerana ia boleh mengekang naluri rampasan kuasa tentera dan juga demonstrasi jalanan pihak yang bertentangan.

Ramai juga yang mempersoalkan walaupun Thailand telah melalui pelbagai bentuk demonstrasi jalanan dengan begitu kerap tetapi ekonomi mereka mampu bertahan dengan baik. Bukan kerana demonstrasi jalanan khususnya di Bangkok tidak membawa kesan tetapi kerana struktur industri tidak hanya tertumpu kepada satu tempat sahaja.

Rakyat Thai yang boleh dianggap sebagai veteran dalam hal ehwal demonstrasi jalanan akhirnya mencemuh dengan apa yang telah mereka lalui kerana tiada manfaat yang diperolehi jika kestabilan menjadi begitu rapuh. Akhirnya mereka menggunakan kuasa yang ada iaitu melalui pilihan raya untuk menghentikan semua perbuatan yang memudaratkan negara.

Sepatutnya rakyat Malaysia mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku di Thailand dan mencontohi mereka dalam mempraktiskan proses demokrasi dengan kaedah yang betul tanpa memusnahkan negara mereka.

PENULIS ialah GeoStrategis Institut

GeoSpatial UTM dan ahli bersekutu

Majlis Profesor Negara.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Bersih : Iktibar rakyat Thai akibat demonstrasi jalanan"

Catat Ulasan