Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 8 Julai 2011

Bersih : Ada pihak rancang huru-hara


Anggota Polis dan Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal sebagai persiapan menghadapi kemungkinan perhimpunan haram Bersih yang dijadualkan berlangsung hari ini di Dataran Merdeka, semalam. – utusan/Hafiz Johari


KUALA LUMPUR 8 Julai – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendedahkan, ada pihak tertentu merancang untuk mencetuskan huru-hara di ibu negara ketika berlangsungnya perhimpunan haram Bersih esok.

Katanya, maklumat itu diperolehinya apabila menerima sepucuk surat layang petang semalam yang dimasukkan dalam peti surat di rumahnya.

“Penulis surat itu menceritakan ada pihak yang akan berpakaian seragam dan akan melepaskan tembakan kepada kumpulan yang hadir ke perhimpunan tersebut bertujuan mencetuskan huru-hara supaya polis dituduh bersikap kejam.

“Seterusnya, mereka akan memakai baju kuning beramai-ramai supaya mudah nampak kesan darah sekiranya dipukul oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU),” katanya pada sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, beliau sangat terkejut selepas membaca keseluruhan kandungan surat itu kerana antara lain ia juga mendakwa pihak tidak bertanggungjawab itu sengaja mencetuskan kekecohan supaya ditangkap.

“Ada juga penyokong Bersih yang akan memakai baju merah bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan supaya mereka boleh pergi ke tempat perhimpunan itu tanpa halangan.

“Ini merupakan sesuatu yang amat serius dan mampu menggugat ketenteraman negara,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan tidak ada laporan polis yang dibuat berhubung surat layang yang diterimanya itu.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Bersih : Ada pihak rancang huru-hara"

Catat Ulasan