Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 8 Julai 2011

Bersih : Ahli-Ahli Pertubuhan Silat Lincah Bebas Untuk Berada Di KL Sabtu

PETALING JAYA: Seramai 10,000 ahli-ahli Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia yang berhimpun di ibu kota bagi menghadiri sambutan ulang tahun ke-50 pertubuhan mereka tidak diarahkan untuk terus berada di Kuala Lumpur walaupun sebelum ini merancang mahu bertindak menghentikan perhimpunan Bersih 2.0.

Jurucakap persatuan itu berkata, bagaimanapun mereka dibenarkan membuat keputusan sendiri sama ada untuk berbuat demikian atau tidak.

“Sebahagian mereka mungkin akan terus berada di sini. Tetapi tiada arahan daripada pemimpin kami untuk berbuat begitu.

"Mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur mungkin mahu membeli-belah atau melancong," katanya di sini, Jumaat.

Sambutan ulang tahun berkenaan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu yang berakhir Jumaat.

Kelibat mereka dalam jumlah yang ramai terutamanya di sekitar Chow Kit, mencetuskan khabar angin bahawa mereka diarahkan berbuat demikian jika timbul sebarang kemungkinan ekoran perarakan Bersih pada Sabtu.

Pengasas pertubuhan silat itu, Tan Sri Omardin Mauju sebelum ini dilaporkan melancarkan 'perang' ke atas Bersih dengan berhasrat membentuk benteng manusia bagi menyekat peserta-peserta Bersih.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Bersih : Ahli-Ahli Pertubuhan Silat Lincah Bebas Untuk Berada Di KL Sabtu"

Catat Ulasan