Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 14 Disember 2011

Kapal TLDM dibuka untuk lawatan Umum

untitledTentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) buat julung kalinya menempa sejarah baru apabila Kapal Diraja SELANGOR (KD SELANGOR) dibuka untuk lawatan umum bertempat di Jeti KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, Pelabuhan Klang pada 11 dan 12 Disember 2011 (Ahad & Isnin). Pengunjung yang terdiri daripada masyarakat setempat di kawasan Lembah Klang khususnya berpeluang menyaksikan sendiri dan merasai pengalaman berada di atas kapal TLDM bermula dari jam 10 pagi dan berakhir pada jam 5 petang.








Menjadi titik bersejarah bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) apabila aktiviti seumpama ini merupakan sebahagian dari program yang diadakan bagi meraikan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahudddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan dan Kepten Yang Dipertua TLDM yang ke-66 dan bakal diraikan pada 11 Disember 2011.

Kapal Diraja SELANGOR merupakan Kapal Ronda Generasi Baru yang dibina bagi menggantikan Kapal Peronda TLDM yang telah lama mencurah khidmat baktinya. Sebagai sebuah Kapal Ronda Generasi Baru, KD SELANGOR berkonsepkan fitted for but not with memberi kelebihan dalam peningkatan keupayaan peperangan apabila diperlukan. Sistem dan peralatan sedia ada boleh diintegrasikan tanpa melalui proses modifikasi yang kompleks. Ia diiktirafkan sebagai salah satu daripada best new corvettes in the world kerana mempunyai versatility dalam memenuhi keperluan strategik semasa dan akan datang. KD SELANGOR direka bentuk sebagai sebuah kapal bestari iaitu kecanggihan peralatannya boleh dioperasi dengan jumlah krew yang minima tetapi berupaya mengekalkan tahap dan tempoh operasi yang tinggi.

Nama Kapal Diraja SELANGOR dipilih untuk mengabadikan KD SRI SELANGOR yang telah dibina oleh Syarikat Vosper Trornycraft Limited, England pada tahun 1961. Kapal ini pernah terlibat dalam penugasan semasa era konfrontasi, menangani masalah pendatang tanpa izin Vietnam semasa OPS CABUT dan juga rondaan di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE). Kemasyhuran serta legasi kapal peronda KD SRI SELANGOR ketika pertempuran dengan dengan Kor Komando Penggempur Indonesia di Selat Singapura pada 24 Julai 1964. Dalam pertempuran itu, KD SELANGOR yang dibawah permerintahan Lt P.K Nettur telah berjaya melumpuhkan musuh serta menenggelamkan bot mereka selepas membalas tembakan musuh. Kapal telah dilucutkan tauliah pada 1995 setelah berkhidmat selama 31 tahun.

Disamping itu, Selangor juga dikenali sebagai “Kalah” yang dikaitkan dengan Kelang iaitu sebuah pelabuhan yang menjadi tempat pertemuan pedagang Arab dan China sejak tahun 650 Masihi. Selangor dianggap sebagai entrepot terpenting perdagangan China serta Kepulauan Melayu di antara abad ke-8 dan abad ke-10. Kegiatan tersebut terhenti menjelang awal abad ke-16 disebabkan kecetekan airnya dan terdapat terlalu banyak beting.

Sejak ditauliahkan, KD SELANGOR yang terdiri daripada 84 krew terlatih ini telah berjaya melaksanakan pelbagai tugas dan peranannya dan membuktikan kemampuannya di dalam negara serta di arena antarabangsa samada dalam menjalani rutin Work Up mahupun melaksanakan eksesais bersama tentera laut negara asing .

No Pennant : 176

Nama Kapal : KD SELANGOR

Tarikh Penamaan : 19 Mei 09

Tarikh Tauliah : 28 Dis 10

Panjang : 91.1 meter

Lebar : 12.85 meter

Kedalaman : 3.4 meter

Sesaran : 1850 tan

Kelajuan Maksimum : 22 Knot

Endurance : 21 Hari

Enjin Utama : 2 x Caterpillar 3616

Janakuasa : 4 x Caterpillar Engine 3412 With AVK Alternator


Sumber : Perhubungan Awam Markas Tentera Laut


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Kapal TLDM dibuka untuk lawatan Umum"

Catat Ulasan