Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 14 Disember 2011

PELAYAR TLDM meriahkan pesta laut Pangkor 2011

untitledLUMUT, 10 Dis 11 - Perairan Lumut dihiasi dengan layar-layar yang berwarna-warni dan suasana hening pantai Lumut telah menjadi tumpuan para pengunjung dan kamera yang digalas pengunjung semuanya tertumpu ke arah laut bagi menyaksikan kehebatan pelayar-playar TLDM dan Perak mengemudikan bot.

Kedengaran bisikan pengunjung “bagaimana bot-bot itu boleh bergerak tanpa enjin, tak terbalik ke bot, cantiknya layar-layar!”.

Itulah yang boleh digambarkan apabila 19 bot layar TLDM, 17 bot Optimist Perak dan sebuah bot Orang Kurang Upaya (OKU) membuat persembahan di Pantai Lumut sempena menyambut Pesta Laut Pangkor 10 Disember 2011.

Selesai sesi persembahan, perairan Lumut sekali lagi menjadi tarikan apabila semua pelayar melaksanakan perlumbaan untuk mencari juara bagi 4 acara yang dipertandingan iaitu Laser Radial, International 470, Optimist Novice dan Optimist Expert. Setelah hampir 4 jam bertarung di laut, berikut adalah keputusan:

  1. Johan Laser Radial – BK Harisfabilah Muhamad.
  2. International 470 – Lt Nik Ashraf Thaqid TLDM/Lt Dya Khairul Azmi Alias TLDM.
  3. Optimist Novice – Nurul Dayana Mohd Nizam.
Optimist Expert – Muhamad Afdal Ahmad Basri.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Pengerusi Persatuan Perahu Layar TLDM, Kept Mohd Hatim Saad TLDM yang turut mengambil bahagian dalam perlumbaan itu.

untitled 2

Sumber: Perhubungan Awam MPL TLDM


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "PELAYAR TLDM meriahkan pesta laut Pangkor 2011"

Catat Ulasan