Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 14 Disember 2011

TLDM : GUAN ENG yakin kemampuan Kapal Selam

1YAB Lim Guan Eng akhirnya mengakui aset tersebut kemampuan kapal selam negara KD TUN RAZAK apabila beliau bersama Timbalan Guan Eng iaitu Prof. Dr. P. Ramasamy serta Datuk Dr. Mansor Othman selepas merasai sendiri pengalaman menaiki kapal selam KD Tun Razak lebih sejam di perairan Langkawi atas jemputan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Turut mengiringi deligasi Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut ialah Panglima Armada, YBhg Laksamana Madya Dato’ Wira Jamil bin Hj Osman . Kenyatan beliau ini diharap dapat menyelenyapkan kata-kata sumbang pembangkang khususnya DAP yang menuduh aset stategik negara tersebut tidak berupaya melakukan selaman.

Ketika ditemui media semasa sidang akhbar beliau berkata , kapal selam TLDM boleh menyelam dan kenyataan beliau itu bercanggah dengan dakwaan pembangkang di Dewan Rakyat sebelum ini. Beliau juga mengakui kapal selam amat diperlukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan kedaulatan tanah air

Ketua Menteri Pulau Pinang juga meminta sokongan semua rakyat atau mana-mana pihak agar tidak mempersoalkan pengorbanan krew kapal selam TLDM dan malah menghargai mereka sebagai wira negara.

Dalam memastikan kelancaran lawatan khas tersebut, TLDM telah menugaskan dua buah pesawat dan dua buah kapal perang TLDM. Pesawat Super Lynx dan Fennec digunakan bagi membawa deligasi dari Lapangan Terbang Anatrabangsa Langkawi ke KD LEKIU untuk dipindahkan ke KD TUN RAZAK. Dalam masa yang sama KD JEBAT ditugaskan sebagai platform petugas media untuk membuat liputan lawatan tersebut.

Sumber : Perhubungan Awam Markas Tentera Laut


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "TLDM : GUAN ENG yakin kemampuan Kapal Selam"

Catat Ulasan