JOHOR BHARU : Panglima Tentera Darat Jen Datuk Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin telah menyempurnakan penutupan Eksesais RHINO 1/2011 bertempat di Ladang Lok Heng daerah Kota Tinggi, Johor.
Eksesais yang telah berlangsung hampir dua minggu bermula dari 12 Nov 2011 sehingga 23 Nov 2011. Eksesais tersebut telah dilaksanakan di sekitar wilayah selatan Tanah Air.
Eksesais RHINO adalah salah satu dari latihan yang dirancang dan dilaksanakan bagi melatih setiap anggota tentera khususnya dalam menjalankan tanggungjawab dalam suasana peperangan bersama atau gabungan (Joint Force) yang melibatkan komponen Maritim, Udara dan Pasukan Khas. Pada eksesais kali ini, 3 Div telah dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan kawasan Selatan Malaysia yang menganjur sehingga ke Johor Bahru.
Sebelum ini corak latihan Tentera Darat lebih tertumpu kepada Peperangan Daratan yang mengunggulkan Combine Arms sahaja tetapi, kini corak Peperangan Bersama telah mula diadaptasikan untuk memenuhi Joint and Multi Mission Oriented.
Objektif Eksesais RHINO ini bertujuan pengaplikasi keupayaan merancang dan keupayaan tempur serta sokongan logistik serta pengaplikasian ilmu dan pengetahuan peperangan, ketahanan mental dan kekuatan fizikal yang perlu dimiliki oleh setiap lapisan anggota.
0 ulasan: on "TDM : Eksesais RHINO Memperkasa Pertahanan Tentera Darat"
Catat Ulasan