KOTA BELUD: Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM), Jeneral Datuk Zulkifli Hj Zainal Abidin bersama Panglima Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Brigedier Jeneral Datuk Seri Pahlawan Yussof Abd. Rahman dengan rasminya telah menutup Eksesais Mertak Bersatu Siri 9/2011 pada 29 Nov 11 di Lapang Sasar Kota Belud, Sabah.
Upacara penutup diserikan dengan demonstrasi atur gerak tembakan mortar dari kedua-dua Platun Mortar TDM dan TDDB yang mana tembakan mortar secara beriringan oleh setiap Platun. Platun menembak dari arah yang berbeza menuju ke sasaran yang sama mengunakan mortar 81mm dengan pelbagai jenis bom.
Eksesais yang diadakan setiap dua tahun sekali ini disertai dengan kekuatan seramai 397 pegawai dan anggota TDM bersama 140 anggota TDDB yang dilaksanakan selama sembilan hari. Eksesais ini berjalan dengan lancar tanpa kecelakaan yang diingini dan telah mencapai objektif yang disasarkan. Keadaan ini memberi impak positif kepada kekuatan dan kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara.
Turut hadir Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mej Jen Datuk Mohd. Zaki Hj Mokhtar, Panglima 5 Briged, Datuk Abdul Halim Jalal dan Panglima 9 Briged Brig Jen Datuk Stephen Mundau serta pegawai-pegawai kanan kedua-dua negara.
0 ulasan: on "TDM : Mertak Bersatu 9/2011"
Catat Ulasan