Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Ahad, 27 Februari 2011

Perhimpunan Hindraf tiada sambutan

IPOH 27 Feb. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersyukur perhimpunan yang dirancang pertubuhan haram Hindraf di ibu negara hari ini, tidak mendapat sambutan.

Beliau berkata, berdasarkan laporan diterimanya daripada polis, ia tidaklah sebesar mana.

"Sejumlah besar orang yang berkumpul di Batu Caves adalah untuk atur cara agama dan bukanlah untuk berdemonstrasi di jalanan.

"Mereka (Hindraf) cuba eksploitasi mengatakan perhimpunan di Batu Caves itu menyokong mereka tetapi fitnah kerana ia perhimpunan agama.

"Malah saya difahamkan tiada perhimpunan di KLCC," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis perasmian serentak Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-Cawangan Negeri Perak 2011 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Hishammuddin diminta mengulas penahanan 109 ahli dan penyokong Hindraf yang berhimpun tanpa permit di sekitar ibu negara hari ini.

Perhimpunan itu difahamkan bertujuan mendesak polis supaya membebaskan pemimpin Hindraf yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selain mahu novel Interlok dikeluarkan daripada kurikulum sekolah.

Hishammuddin berkata, pihak polis akan mengambil tindakan tegas ke atas lebih 100 orang ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan itu.

"Mereka akan diambil keterangan sebelum siasatan dilakukan dan diputuskan sama ada ia akan dibawa ke mahkamah," ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, terdapat pihak-pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan menyamakan perhimpunan yang dianjurkan Hindraf dengan peristiwa di Tunisia dan Mesir.

Namun katanya, usaha tersebut gagal kerana ia tidak mendapat sambutan selain jelas melanggar undang-undang serta menyusahkan orang ramai.


Sumber : Utusan
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Perhimpunan Hindraf tiada sambutan"

Catat Ulasan